Dua juta terdedah penyakit bawaan air

NEW YORK: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) bimbang. dengan penularan penyakit bawaan air jika bekalan air bersih terus tidak tersedia di Semenanjung Gaza.

Ini berikutan kekurangan air di Semenanjung Gaza di bawah sekatan Israel memaksa orang ramai minum daripada sumber tercemar, kotor dan boleh membawa kepada penularan penyakit.

“Terus tiada air untuk sebahagian besar penduduk di Gaza,” kata jurucakap UNRWA Juliette Touma kepada pemberita di New York dalam sidang video dari Amman.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini berkata air, bahan api dan elektrik akan kehabisan dalam tempoh 24 jam, memberi amaran bahawa Israel telah memperhebat sekatan ke atas wilayah terkepung itu selepas serangan maut oleh kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober.

“Kami bercakap mengenai dua juta orang di Semenanjung Gaza yang tidak mempunyai air dan air semakin surut dan air adalah kehidupan. Kehidupan hampir habis di Gaza,” kata Touma.

UNWRA pernah memberikan bantuan makanan kepada hampir 1.2 juta penduduk di Gaza, tetapi sejak 7 Oktober, tiada bekalan daripada pertubuhan itu atau mana-mana agensi PBB lain tiba di wilayah terkepung yang dikawal Hamas, yang terpencil sepenuhnya.

Related posts

Leave a Comment