Year: 2023
Sistem kesihatan di Gaza musnah – WHO
GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata sistem kesihatan di Gaza kini telah musnah dan menyifatkannya sebagai tragedi. Sambil mengulangi desakan supaya gencatan senjata dilaksanakan segera, beliau memuji petugas perubatan yang terus cekal mencurahkan khidmat walaupun berdepan keadaan semakin teruk. “Meskipun menghadapi ancaman keselamatan yang berterusan dan bertali arus pesakit cedera dibawa untuk rawatan, kami melihat doktor, jururawat, pemandu ambulans serta lain-lain lagi tetap berusaha tanpa henti untuk menyelamatkan nyawa,” katanya dalam hantaran melalui X, semalam. WHO, agensi kesihatan bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu telah…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 25.12.2023
“Menjelang PRU16 Presiden Amanah bukan lagi Bang Mat”
KLANG 24 Dis. – Mohamad Sabu yang dilantik semula untuk memimpin Amanah bagi penggal terakhir berjanji akan melaksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin sehingga pemilihan pada tahun 2026. Sambil mengakui kelemahan yang ada, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu akan terus memimpin bersama rakan-rakan sehingga konvensyen terakhir baginya sebagai Presiden Amanah. “Pada 2026 adalah konvensyen saya yang terakhir sebagai presiden parti, PRU kalau genap (lima tahun) pada 2028, menjelang PRU ke-16, pimpinan baharu akan muncul memimpin Amanah. “Kita tak mahu menangguhkan konvensyen (pemilihan akan datang) kepada 18 bulan. Kita buat…
Read MoreMat Sabu kekal Presiden Amanah
KLANG 24 Dis. – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden Amanah untuk penggal ketiga, penggal terakhir mengikut perlembagaan parti manakala bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof sebagai Timbalan Presiden. Keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat khas dalam kalangan 27 ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang dipilih petang ini. Jawatan Timbalan Presiden sebelum ini disandang oleh Allahyarham Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu manakala Mujahid, sebelum ini adalah salah seorang Naib Presiden parti. Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad pula dilantik sebagai Naib…
Read MoreDr Dzulkefly peroleh undi tertinggi, Mat Sabu di tangga ke-8
KLANG 24 Dis – Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad memperoleh undi tertinggi dalam kalangan 27 orang yang dipilih pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah petang ini. Menteri Kesihatan itu memperoleh 900 undi mendahului penyandang Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang memperoleh 613 undi untuk berada di tempat ke lapan. Pengarah Komunikasi Amanah yang juga bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menduduki tempat kedua dengan 899 undi diikuti Ahli Parlimen Shah Alam Azly Yusof (755). Turut terpilih, Naib-Naib Presiden, Mujahid Yusof (699)…
Read MoreCalon Amanah, UMNO kalah kerana dakwaan Islam terancam
KLANG 24 Dis. – Mohamad Sabu mendakwa orang Melayu menolak calon-calon Amanah dan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) disebabkan pihak tertentu membuat dakwaan kononnya Islam terancam. Presiden Amanah itu berkata sentimen itu memikat pemikiran rakyat termasuk pengundi- pengundi di kawasan yang diduduki golongan bijak pandai. “Isu Islam terancam ini memang memikat pemikiran rakyat sehingga kita melihat tokoh daripada Amanah, tokoh daripada UMNO kalah. Seorang menteri yang kerja kuat pun kalah dengan sepupu. Mahfuz Omar cukup hebat pun kalah dengan majoriti 31,000 undi. Puteri…
Read MorePilihan raya PBT perlu situasi ‘menang-menang’
KLANG 24 Dis. – Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi ‘menang-menang’ melibatkan semua kaum, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu. Beliau berkata, pelaksanaan pilihan raya berkenaan hendaklah dibincangkan secara terperinci bagi memastikan semua kaum berasa puas hati dan selamat. “Tetapi pilihan raya ini pada masa akan datang perlu difikirkan kerana PBT kalau dipilih oleh rakyat, dia kena bekerja betul-betul untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk ketua parti. Ini sekarang ini macam nak lantik ahli majlis dan…
Read MoreBerita pilihan…
Henti politikkan isu pindah kuil
KUALA LUMPUR 24 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.menyeru semua pihak tidak mempolitikkan isu pemindahan Kuil Nagamma, Sentul di sini demi kebajikan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan. Beliau berkata perkara itu akan diselesaikan dengan kadar segera, selain satu perbincangan khas bersama pihak YTL diketuai Pengarah Eksekutif YTL Land & Development Berhad Hamidah Maktar diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan semalam. “Secara keseluruhannya, saya mendapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. “Saya akan memastikan perkara ini…
Read More