Henti politikkan isu pindah kuil

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.menyeru semua pihak tidak mempolitikkan isu pemindahan Kuil Nagamma, Sentul di sini demi kebajikan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata perkara itu akan diselesaikan dengan kadar segera, selain satu perbincangan khas bersama pihak YTL diketuai Pengarah Eksekutif YTL Land & Development Berhad Hamidah Maktar diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan semalam.

“Secara keseluruhannya, saya mendapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya akan memastikan perkara ini diselesaikan dengan kadar segera dan menyeru semua pihak agar tidak lagi mempolitikkan isu ini demi kebajikan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Perbincangan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan K. Saraswathy, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran, wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan wakil Malaysia Hindu Sangam.

Related posts

Leave a Comment