KLANG 24 Dis. – Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi ‘menang-menang’ melibatkan semua kaum, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Beliau berkata, pelaksanaan pilihan raya berkenaan hendaklah dibincangkan secara terperinci bagi memastikan semua kaum berasa puas hati dan selamat.
“Tetapi pilihan raya ini pada masa akan datang perlu difikirkan kerana PBT kalau dipilih oleh rakyat, dia kena bekerja betul-betul untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk ketua parti.
Ini sekarang ini macam nak lantik ahli majlis dan sebagainya, dia kena ‘melobi’ ketua parti… tetapi (apabila) melibatkan rakyat yang memilih, dia (individu terbabit) kena mengambil hati rakyat,” katanya katanya pada ucapan penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sini, hari ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan pada Konvensyen Amanah Negara Nasional 2023 di sini pada Ahad.
Isu pilihan raya PBT menarik perhatian ramai selepas baru-baru ini Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mencadangkan perkara itu sehingga dibantah pelbagai pihak, termasuk pemimpin Pas dan UMNO.
Pilihan raya PBT pernah dilaksanakan di negara ini sebelum dimansuhkan selepas peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, selaras dengan penyusunan semula masyarakat.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menegaskan cadangan pelaksanaan semula pilihan raya PBT juga perlu dilakukan secara berhati-hati agar tidak mengakibatkan mana-mana kaum tercicir.
“Kita kena bincang lebih lanjut supaya kalau sudah sampai ke peringkat cadangan, kita mesti ada situasi ‘win-win’ (menang-menang).
“Ertinya semua kaum rasa selamat dan semua puas hati, tetapi pilihan raya ini pada masa akan datang kena difikirkan. Kalau PBT ini dipilih oleh rakyat, dia kena bekerja betul-betul untuk kepentingan rakyat bukan ketua parti,” katanya.
Nnn
