Menteri positif Covid-19

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi pemimpin negara terbaharu yang disahkan positif pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook peribadinya, Dr Zulkifli berkata, beliau kini menjalani rawatan.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini  menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.

“Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covid-19. Insya-Allah,”

Related posts

Leave a Comment