KLANG 24 Dis – Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad memperoleh undi tertinggi dalam kalangan 27 orang yang dipilih pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah petang ini.
Menteri Kesihatan itu memperoleh 900 undi mendahului penyandang Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang memperoleh 613 undi untuk berada di tempat ke lapan.
Pengarah Komunikasi Amanah yang juga bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menduduki tempat kedua dengan 899 undi diikuti Ahli Parlimen Shah Alam Azly Yusof (755).
Turut terpilih, Naib-Naib Presiden, Mujahid Yusof (699) dan Mahfuz Omar (694) serta Setiausaha Agung, Datuk Dr Hatta Ramli dengan 549 undi.
Bagaimanapun seorang lagi penyandang Naib Presiden Hasanuddin Mohd Yunus yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berada di tangga ke 64 dengan 141 undi.
Berada di tangga keenam adalah Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat diikuti seorang lagi penyandang Naib Presiden Adly Zahari (643), Mohamad Sabu (613), Dr Hasan Bahrom (595) dan ke-10, Dr Mariah Mahmud yang sebelum ini juga Naib Presiden.
Seramai 27 pemimpin yang dipilih itu akan mengadakan perbincangan petang ini, bagi memilih barisan kepimpinan baru iaitu jawatan presiden, timbalan presiden serta tiga naib presiden.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Dr Zulqarnain Lukman berkata, seramai 1,003 perwakilan mengundi secara dalam talian, sementara lima undi tidak dikembalikan oleh perwakilan layak sebaik tempoh mengundi.
Berikut adalah senarai penuh 27 Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah:
1. Dr Dzulkefly Ahmad (900)
2. Khalid Samad (899)
3. Azly Yusof (755)
4. Mujahid Yusof (699)
5. Mahfuz Omar (694)
6. Suhaizan Kaiat (682)
7. Adly Zahari (643)
8. Mohamad Sabu (613)
9. Dr Hasan Bahrom (595)
10. Dr Siti Mariah Mahmud (584)
11. Raja Kamarul Bahrin (555)
12. Dr Hatta Ramli (549)
13. Faiz Fadzil (527)
14. Mohd Sani Hamzan (520)
15. Anfaal Saari (515)
16. Ir Izham Hashim (512)
17. Dr Ismail Salleh (489)
18. Ahmad Sabki Yusof (467)
19. Lahirul Latigu (465)
20. Dr Ahmad Termizi Ramli (462)
21. Asmuni Awi (457)
22. Nizar Jamaluddin (442)
23. Ridzwan Abu Bakar (425)
24. Sofi Wahab (423)
25. Wan Anwar Wan Ibrahim (388)
26. Dr Muhaimin Sulam (383)
27. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (377)
