Individu bergelar Tun juga perlu disiasat

PUTRAJAYA 27 Dis. – Individu yang mempunyai darjah kebesaran berpangkat ‘Tun’ juga perlu disiasat sekiranya tidak dapat menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka memperoleh kekayaan, kata Dr Mahathir Mohamad Malahan bekas Perdana Menteri  itu juga menegaskan, jika gagal membuat penerangan perolehan itu, aset individu itu juga perlu disita. Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, bukan satu keperluan untuk memperoleh bukti dokumen berhubung salah laku mereka dan syak wasangka semata-mata tidak mencukupi. “Mereka yang berpangkat Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka perlu ditahan reman sehingga mereka mendedahkan punca kekayaan mereka. Jika tidak, ia bermaksud…

Read More

UPKO tolak usaha ‘tebuk atap’ ganti kerajaan

PENAMPANG 27 Dis. – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan dan kekal dengan pendirian tidak menyokong sebarang usaha ‘tebuk atap’ menggantikan kerajaan sekarang. Presidennya, Ewon Benedick juga yakin perkara itu (tebuk atap) tidak akan berlaku susulan sokongan padu yang diberikan Sabah terhadap Kerajaan Perpaduan. “Saya antara wakil rakyat yang akan menghalang apa juga usaha dilaksanakan untuk menggantikan atau menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Kita semua maklum selepas pilihan raya, akan ada gabungan parti yang bertanding bergabung untuk menubuhkan kerajaan dan pada…

Read More

Prabowo dahului tinjauan pendapat

JAKARTA: Tinjauan antara 23 dan 24 Disember lalu, yang dikeluarkan Indikator Politik Indonesia, menunjukkan Menteri Pertahanan dan calon presiden, Prabowo Subianto akan memperoleh 46.7 peratus undi pada pilihan raya tahun depan. Indikator meletakkan bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo sebagai lawan terdekatnya, dengan 24.5 peratus undi, manakala bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan mendapat sokongan 21 peratus. Prabowo, yang bertanding bersama anak lelaki Presiden Joko Widodo, Gibran Rakabuming Raka, 36. Sementara itu, tinjauan oleh Kompas pada bulan ini memberi Prabowo 39.3 peratus undi dan meletakkan Anies sebagai lawan terdekatnya dengan 16.7…

Read More

Thailand naik gaji minimum Januari

BANGKOK: Thailand akan menaikkan gaji minimum di negara itu pada Januari, dan merancang untuk menaikkan lagi gaji minimum pada Mac. Perdana Menteri, Srettha Thavisin, yang mengumumkan demikian bagaimanapun menganggap kenaikan itu terlalu rendah. Sebuah jawatankuasa gaji, terdiri daripada wakil kerajaan, majikan dan pekerja, sebelum ini bersetuju menaikkan gaji minimum harian sebanyak 2.37 peratus, berkuat kuasa pada Januari. Parti Srettha, Parti Pheu Thai yang memerintah, berkempen di atas platform populis, dengan rancangan utama untuk menaikkan gaji minimum harian kepada 400 baht (RM53.52). Gaji minimum semasa adalah antara 328 dan 354 baht…

Read More

KPKT kini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PUTRAJAYA 27 Dis. –  Selepas setahun dinamakan sebagai Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), kini nama baharu kemeterian itu kembali kepada nama sebelum ini iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). KPKT dalam satu kenyataan, memaklumkan nama kementerian itu dipinda berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember lalu, dan nama berkenaan akan diwartakan secara rasmi bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Menurutnya, teras utama kementerian itu adalah penyediaan rumah mampu milik, dengan sasaran pembinaan 500,000 unit rumah di seluruh negara khususnya untuk golongan B40 dan M40 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).…

Read More

Tsunami… imbasan tulisan 2018

26/12/2004 – 26/12/2018 TSUNAMI: Hari ini tidak ada penerbitan akhbar @ media cetak. Semalam semua bercuti kerana menyambut Krismas. Setiap kali Krismas juga akan mengingatkan kita tarikh 26 Disember 2004. Ombak besar tsunami menerjah beberapa sudut dunia pada tarikh berkenaan. Acheh paling parah, lebih 160,000 jiwa dilaporkan menjadi korban. Tsunami sebelum itu terlalu asing bagi kebanyakan kita. Hanya gempa bumi yang diberi perhatian. Namun sejak itu, tsunami yang banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada manusia begitu popular. Sehinggakan di Malaysia istilah tsunami juga digunakan untuk perkembangan politik. Tsunami politik, paling…

Read More

Netanyahu sifatkan perang sukar

TEL AVIV: Perang Gaza menuntut kesan yang dahsyat apabila tentera yang terbunuh dalam pertempuran dengan Hamas dilaporkan meningkat, kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Netanyahu berkata, pertempuran kali ini adalah peperangan yang panjang dan hanya akan tamat selepas Hamas dihapuskan sama sekali. “Ini adalah pagi yang sukar, selepas hari yang sangat sukar dalam pertempuran di Gaza. Perang ini memberi kesan yang tinggi tetapi kami tidak mempunyai pilihan selain terus berjuang. Kami meneruskan dengan kekuatan sepenuhnya sehingga menang dan mencapai semua matlamat kami, memusnahkan Hamas, membebaskan tebusan dan memastikan Gaza tidak…

Read More

Waspada ketika lakukan aktiviti laut

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini. Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Hamid Mohd Amin berkata mereka yang ingin melakukan aktiviti laut perlu menyemak ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi memandangkan keadaan laut kini bergelora akibat Monsun Timur Laut. Dalam satu kenyataan, Maritim Malaysia menggesa semua pihak yang akan ke laut untuk memastikan keselamatan diri dengan memakai jaket keselamatan semasa belayar, memancing atau sebarang kegiatan yang melibatkan pergerakan di laut. Selain itu, orang awam yang melakukan…

Read More