Kecam penahanan pengarah hospital Al-Shifa

SEMENANJUNG GAZA: Hamas mengecam penahanan Pengarah Hospital Al-Shifa Mohammad Abu Salmiya, serta pegawai perubatan lain, selepas tentera Israel bertindak menyerbu hospital itu minggu lalu. Berikutan itu, Hamas menggesa Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah dan organisasi antarabangsa lain berusaha ke arah ‘pembebasan segera’ mereka. Sabtu lalu, arahan dikeluarkan untuk mengosongkan hospital dikeluarkan mengakibatkan ratusan pesakit dipindahkan ke selatan wilayah Palestin yang dikatakan lebih selamat. Menurut laporan media, Salmiya sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menerima arahan pemindahan daripada tentera Israel selepas menolak arahan sebelumnya manakala tentera Israel pula mengatakan pemindahan itu dilakukan atas ‘permintaan’…

Read More

Had umur belia 30 tahun mulai 2026

KUALA LUMPUR 23 Nov. – : Mulai 1 Januari 2026, had umur belia diturunkan kepada 30 berbanding 40 tahun ketika ini selaras dengan tarikh kuat kuasa Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602]. Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, had umur ketua ataupun pemegang jawatan pertubuhan belia adalah 18 hingga 30 tahun dan tempoh ketua pertubuhan belia dihadkan selama empat tahun sahaja. Katanya penetapan tarikh itu adalah hasil daripada beberapa siri perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM). “Oleh itu kerajaan…

Read More

PLKN 3.0 bermula 2025

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat diberitahu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 tidak boleh dilaksanakan pada tahun depan sebaliknya hanya boleh bermula pada tahun 2025. Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan, berkata program itu tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan dalam Belanjawan 2024 dan pada masa sama 13 Kem Wataniah, lokasi program PLKN itu.perlu dinaik taraf. Bagi perincian mekanisme pelaksanaan PLKN, ia hanya diketahui selepas kementerian merangkanya bersama pemegang taruh, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat. “Sebelum kita memuktamadkan program berkenaan ia perlu mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri untuk menghidup atau meneruskannya,” katanya…

Read More

Bahasa Cina, Tamil di SJK dilindungi

PUTRAJAYA 23 Nov. – penubuhan dan penyelenggaraan sekolah vernakular tidak bertentangan Perkara 152(1), malahan penggunaan bahasa Tamil dan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan (SJK) dilindungi peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian selepas menolak rayuan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mencabar keabsahan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Tamil dan Mandarin di sekolah terbabit. Panel dipengerusikan Hakim Datuk Supang Lian bersidang bersama-sama Datuk M Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan. Empat NGO terdiri daripada Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA), Ikatan Muslimin…

Read More

Bahasa pengantar kekal di SJKC, SJKT

Bahasa Cina, Tamil : Sambut baik mahkamah tolak rayuan NGO KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara menolak rayuan difailkan oleh empat NGO yang memohon untuk mengisytiharkan bahasa Cina dan Tamil di sekolah vernakular tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) akan terus beroperasi menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa penghantar untuk pengajian, pengajaran dan pembelajaran secara sah di sisi undang-undang dan dilindungi Perlembagaan. Beliau berkata demikian sebelum menjawab…

Read More

SPRM beku 41 akaun Aman Palestin

PUTRAJAYA 23 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam. Dalam kenyataannya, SPRM memaklumkan pembekuan itu berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu. SPRM juga merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan  RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain objektif penubuhan syarikat berkenaan. Menurut kenyataan itu, sebelum ini,…

Read More

Pelan Advokasi Gula jadikan negara ‘kurang manis’

KUALA LUMPUR 23 Nov. –  Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan Pelan Advokasi Gula dalam tempoh terdekat bagi meningkatkan kesedaran awam susulan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD), terutama kencing manis. Menteri Kesihatan , Dr Zaliha Mustafa, berkata inisiatif itu menyasarkan semua peringkat usia dan membabitkan pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). “Pelan ini meliputi semua peringkat umur dan kita mulakan di peringkat kanak-kanak lagi di pra sekolah, sekolah rendah serta universiti awam (UA) dan swasta. Malah, ia turut membabitkan golongan dewasa dan warga emas. Turut dibabitkan NGO, persatuan ibu…

Read More

Peningkatan kes Covid-19

KUALA LUMPUR 23 Nov. –  Sebanyak 2,305 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) iaitu dari 12 hingga 18 November lalu. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya, berkata, ia meningkat 28 peratus, berbanding 1,801 kes pada ME 45/2023 atau dari 5 hingga 11 November lalu. Kadar kemasukan pesakit Covid-19, termasuk mereka yang disyaki positif jangkitan itu ke fasiliti kesihatan menurun kepada 2.0 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 46/2023 berbanding ME 45/2023. ME 46/2023 juga menunjukkan pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4 peratus, manakala pengisian katil bukan…

Read More