Bahasa pengantar kekal di SJKC, SJKT

Bahasa Cina, Tamil : Sambut baik mahkamah tolak rayuan NGO

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara menolak rayuan difailkan oleh empat NGO yang memohon untuk mengisytiharkan bahasa Cina dan Tamil di sekolah vernakular tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) akan terus beroperasi menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa penghantar untuk pengajian, pengajaran dan pembelajaran secara sah di sisi undang-undang dan dilindungi Perlembagaan.

Beliau berkata demikian sebelum menjawab soalan keempat pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat yang dikemukakan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa).

Pagi ini, Mahkamah Rayuan memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Mandarin serta bahasa Tamil di sekolah berkenaan adalah berperlembagaan.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Supang Lian bersidang bersama-sama Datuk M Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan empat NGO selaku perayu.

Mereka terdiri Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru).

Related posts

Leave a Comment