Radzi, Azmin ‘diberhentikan’ jawatan PN

KUALA LUMPUR 17 Jun – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dilantik semula sebagai  Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Naib Presiden Bersatu,  Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Dr Mohd Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya diberhentikan daripada jawatan itu yang sebelum ini pelantikannya diumumkan pada 14 Mac lalu.

Pengerusi PN,  Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, susulan itu Muhammad Sanusi turut diberhentikan daripada jawatan Bendahari PN dan diambil alih oleh Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S Subramaniam.

“Selain itu, Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali diberhentikan daripada jawatan Timbalan Setiausaha Agung (PN) bagi memenuhi kehendak Perlembagaan PN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PN mengumumkan penstrukturan semula pentadbirannya berkuat kuasa serta-merta selepas Mesyuarat Ahli Parlimen Pembangkang yang diadakan di Ibu Pejabat Pas, malam ini.

Penstrukturan semula itu adalah sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan   Negeri (PRU DN) Johor dan Negeri Sembilan.

Dr Ahmad Samsuri  yang juga Naib Presiden Pas berkata rombakan itu dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan mengikut Fasal 8.3 (V), (VI) dan (VII) Perlembagaan PN.

Katanya,, satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi gabungan berkenaan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment