Puad tidak pertahan DUN Rengit

BATU PAHAT 17 Jun – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi, tidak akan bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Rengit pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) pada 11 Julai depan.

Ketika mengesahkan demikian, Mohd Puad menjelaskan, beliau membuat keputusan itu sejak tahun lalu, malah hasrat berkenaan turut dimaklumkan kepada Presiden UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor kira-kira dua minggu lalu.

Beliau berkata, faktor usia menjadi pertimbangan utama untuk tidak lagi menawarkan diri sebagai calon selepas lebih empat tahun berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit.

“Saya kini berusia 69 tahun. Jika terus bertanding dan berkhidmat untuk satu penggal lagi, usia saya akan mencecah 74 tahun. Pada saya, tidak sesuai lagi pada usia itu untuk bertanding kerusi DUN

Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, wajar diberi peluang memimpin barisan muda untuk bertanding dan menerajui kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berpandangan calon berusia 50 tahun ke bawah lebih sesuai diketengah bagi memastikan kesinambungan kepemimpinan negeri pada masa depan.

Dalam pada itu, katanya, beliau turut mengemukakan beberapa kriteria calon pelapis yang perlu diberi perhatian oleh kepimpinan parti.

“Calon yang dipilih mestilah berkelulusan, berakhlak, komited terhadap perjuangan parti, serta memahami hala tuju bangsa. Saya berharap Datuk Onn Hafiz dapat mempertimbang dan melaksanakannya,” katanya.

Bagaimanapun sebelum proses penamaan calon pada 27 Jun ini, beliau berkata, masih ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dan diberi perhatian.

“Saya menjadi wakil rakyat yang menetap di kawasan itu selama lebih empat tahun.
Saya mengenali hati nurani rakyat Rengit dan amat menghargai sokongan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan saya,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Puad menzahirkan junjungan kasih kepada Yang di-Pertuan Agong merangkap Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang memperkenankan pelantikannya sebagai Speaker DUN Johor.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas nasihat dan bimbingan diberikan sepanjang mengendalikan perjalanan sidang DUN Johor agar berlangsung dengan tertib serta lancar.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment