63 tebusan Hamas, Israel bebas

BAITULMUQADDIS : Sebanyak 63 tebusan dalam konflik perang antara kumpulan pejuang Hamas dan Israel dibebaskan semalam selepas gencatan senjata Israel-Hamas yang dirunding oleh Qatar berkuat kuasa. Menurut jurucakap Kementerian Luar di Qatar, Majed Al-Ansari, Hamas membebaskan 24 tebusan, manakala Israel membebaskan 39 tahanan Palestin. Al-Ansari berkata, antara tawanan yang dibebaskan selepas perjanjian antara Israel dan Hamas itu ialah 13 warga Israel, 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina. Beliau berkata, 39 wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel juga sudah dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu yang turut…

Read More

Ada agenda besar pilih MB calon Kemaman

KEMAMAN 25 Nov. – Pas membayangkan parti itu mempunyai agenda yang besar apabila memilih Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, kata Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata, rekod baik Ahmad Samsuri sepanjang mentadbir Terengganu diharapkan dapat digunakan dan disumbangkan kepada negara jika beliau memenangi kerusi Parlimen pada 2 Disember ini. Tuan Ibrahim berkata, selain rekod cemerlang dan memenuhi kriteria ditetapkan, Naib Presiden Pas itu menjadi pilihan pengundi yang mahu beliau menjadi calon mempertahankan kerusi Parlimen dimenangi Pas sebelum ini. “Orang…

Read More

MPT Bersatu tolak hasrat Muhyiddin

SHAH ALAM 24 Nov. –  Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebulat suara menolak keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti tahun depan. Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dicapai secara konsensus selepas mesyuarat tergempar MPT Bersatu petang ini yang dipengerusikan Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu. “MPT sebulat suara membuat ketetapan menolak cadangan Tan Sri Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti. MPT bependirian kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin diperlukan oleh parti dan negara,” katanya dalam satu kenyataan. Terdahulu, beberapa pemimpin Bersatu termasuk…

Read More

Tanpa UMNO menumpang PH boleh berkuasa

SHAH ALAM 24 Nov. –  Kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sekadar ‘penumpang’ dan tidak mampu membela kedudukan Melayu dan Bumiputera di negara ini, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Muhyiddin Yassin. Bekas Perdana Menteri itu berkata, UMNO yang hanya mempunyai 26 kerusi Parlimen sekadar menumpang kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) malahan tanpa UMNO pun, PH masih boleh memerintah. Beliau berkata, kuasa politik yang selama ini diterajui oleh parti Melayu kini telah hilang dari tangan orang Melayu akibat ‘percaturan kuasa’ selepas Pilihan Raya Umum ke-15. “Jadi, walaupun kita (Bersatu dan Perikatan…

Read More

Melayu dijangka hilang kuasa selamanya

SHAH ALAM: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menjangkakan Melayu akan kehilangan kuasa selama-lamanya sekiranya persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan di bawah Pakatan Harapan (PH). Malahan beliau menjangkakan DAP selaku satu daripada komponen di bawah Kerajaan Perpaduan diterajui PH akan memiliki kelebihan terutama dalam menambah bilangan kerusi yang dikuasai sekiranya langkah itu dilaksanakan. “Ahli Parlimen DAP telah bercakap dengan lantang di Dewan Rakyat baru-baru ini tentang perlunya proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan, terutamanya untuk menambah kerusi-kerusi Parlimen di kawasan bandar. “Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ramkarpal Singh) telah…

Read More

Muhyiddin tidak pertahan jawatan Presiden Bersatu

SHAH ALAM 24 Nov. – Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung tahun depan dan secara tidak langsung akan mula memperlahankan kerjaya politiknya. Justeru, katanya, Perhimpunan Agung Bersatu 2023 yang sedang berlangsung menjadi yang terakhir disertainya  sebagai Presiden. “Ini adalah Perhimpunan Agung Tahunan terakhir (untuk) saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan. “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pimpinan dan ahli…

Read More

Sirul dakwa dijadikan kambing hitam

SEPANG 24 Nov. –  Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang berdepan hukuman mati di atas pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mendakwa dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik. Dia mendakwa tidak bertanggungjawab atas pembunuhan itu walaupun telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah tertinggi di Malaysia dan memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya dan meminta pengampunan mereka. Sirul turut mengaku menerima RM1 juta semasa berada di Australia daripada sumber yang tidak dinamakan untuk “menutup mulutnya” malahan membuat beberapa dakwaan serius yang belum disahkan terhadap beberapa personaliti…

Read More

Gencatan senjata empat hari bermula

DOHA: Gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari akan bermula hari ini dengan pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian, kata pengantara Qatar. Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari memberitahu, perjanjian gencatan senjata yang difasilitasi oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sepatutnya berkuat kuasa semalam tetapi ditangguhkan selepas halangan saat akhir. “Jeda akan bermula pada 7 pagi (0500 GMT) pada Jumaat (1 tengah hari waktu Malaysia)… dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan kira-kira jam 4 petang (1400 GMT) (10 malam waktu…

Read More