Pengecualian visa 30 hari pelancong China, India, Arab

  PUTRAJAYA 26 Nov. – Pelancong dari China, India serta beberapa negara Arab termasuk Turkiye dan Jordan akan mendapat pengecualian visa selama 30 hari mulai 1 Disember ini, kata Anwar Ibrahim hari ini. Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, pengecualian itu, tertakluk kepada tapisan keselamatan bagi semua pelancong dari negara berkenaan yang berhasrat memasuki Malaysia. “Saya nak mengumumkan kemudahan visa, menambah kemudahan sedia ada umpamanya bagi negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran dan semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan pada…

Read More

Jadikan PRN Sabah permulaan kejayaan

PUTRAJAYA 26 Nov. – Gabungan Kerajaan Perpaduan perlu mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun depan sebagai permulaan. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata kemenangan itu bagi membolehkan Kerajaan Perpaduan dapat meneruskan agenda yang dirancang demi rakyat. “Kemenangan kita dirampas menerusi (langkah) Sheraton (pada 2020), manakala kemenangan kali ini (penubuhan Kerajaan Perpaduan) dicapai melalui gabungan. “Jadi, kita tidak boleh meneruskan pelaksanaan agenda kita kalau kita tidak mengekalkan kemenangan pada PRU akan datang termasuk bermula dengan (PRN) Sabah,” katanya. Beliau…

Read More

Covid-19: Kematian pertama kanak-kanak bawah 12 tahun

SINGAPURA : Seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura berusia 13 bulan yang dijangkiti Covid-19, meninggal dunia pada 12 Oktober lalu,  kematian pertama pesakit Covid-19 bawah usia 12 tahun di sini bagi tahun ini. Menurut laporan Mediacorp, Kementerian Kesihatan (MoH) menyatakan kanak-kanak tersebut “tidak diberi suntikan vaksin bagi Covid-19” dan “mempunyai sejarah perubatan ketara berkait keadaan kongenital” dengan prognosis yang lemah sebelum dijangkiti virus tersebut. Menjawab pertanyaan Mediacorp semalam, MoH menyatakan kanak-kanak itu diuji positif bagi Covid-19 pada 10 Oktober 2023 dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama. “Pesakit itu meninggal…

Read More

Abah ubah keputusan, pimpin sepenggal lagi

SHAH ALAM 25 Nov. – Selepas 24 jam berteka teki mengenai keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu, akhirnya Muhyiddin Yassin  memutuskan untuk bertahan sepenggal lagi. Keputusan itu dibuat setelah mendapat restu isterinya,  Noorainee Abdul Rahman untuk terus memimpin parti berkenaan serta demi parti, agama, bangsa dan negara. “Sebenarnya kuasa yang paling besar bukan daripada sesiapa pun, tetapi isteri saya (Noorainee). Isteri saya hadir (di perhimpunan Bersatu) sejak beberapa hari lalu dan dia duduk sampai akhir…Hari ini pun sama. Dia ada mesej saya. Apa isteri saya kata? Stay another term…

Read More

Peja akui salah pilih calon khianati parti

SHAH ALAM 25 Nov. – Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu mengaku tersalah memilih calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga ada yang bertindak mengkhianati parti. Beliau berkata antaranya Ahli Parlimen Kuala Kangsar,  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politiknya ketika menjadi Menteri Besar Perak. Sebelum ini, jelasnya, Iskandar Dzulkarnain adalah individu tidak dikenali oleh pucuk pimpinan Bersatu termasuk Presiden Muhyiddin Yassin. “Saya jadikan beliau calon dan (akhirnya Iskandar Dzulkarnain) telah memungkiri taat setia kepada parti. Saya mengaku ada buat kesilapan (memilih calon pilihan raya untuk Bersatu).…

Read More

Jadilah ‘rumah untuk diduduki’ bukan ‘rumah tumpangan

SHAH ALAM 25 Nov. –  Naib Presiden Bersatu,  Dr Ronald Kiandee mengingatkan anggota parti supaya menjadikan parti itu sebagai ‘rumah untuk diduduki’ bukannya sekadar ‘rumah tumpangan’ Justeru, katanya parti perlu diperkukuhkan di semua peringkat dengan menambah cawangan serta keahlian melalui gerakan menyantuni orang ramai terutama pengundi 18 dan wanita untuk menyertai Bersatu. “Jangan kita mengharapkan gelombang kerana ia akan reda. Kita akan jadi macam ‘rumah tumpangan, homestay yang sementara dan bukan ‘a home to stay’ (rumah untuk didiami) bagi mereka yang keluar PKR, UMNO dan parti lain,” katanya. Dalam ucapan…

Read More

PAT Bersatu tolak hasrat Muhyiddin

SHAH ALAM 25 Nov. –  Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu sebulat suara menolak keputusan Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden parti pada pemilihan yang dijadual diadakan tahun depan. Resolusi itu diputuskan selepas keseluruhan perwakilan memuktamadkan ketetapan selari dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang mahu Muhyiddin terus mengemudi parti itu. Pengerusi Tetap Bersatu,  Mohd Suhaimi Abdullah, mengumumkan resolusi itu dibuat berdasarkan Perkara 123 Ucapan Dasar Presiden pada PAT kali keenam parti berkenaan, semalam. Beliau berkata, perhimpunan itu juga memuktamadkan resolusi menolak syor mesyuarat untuk mencari pengganti Muhyiddin, mengikut Perkara…

Read More

MOTAC semak semula agensi kendali umrah

PUTRAJAYA 25 Nov. –  Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, akan mengetuai jawatankuasa bagi meneliti dan menyemak semula kelayakan syarikat agensi pelancongan, terutama berkaitan mengerjakan umrah. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Tiong King Sing berkata, laporan lengkap berkaitan semakan itu akan dibentangkan dalam tempoh sebulan. “Ini termasuk mengkategorikan syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan dengan baik dan sebaliknya, serta laporan terperinci mengenai rekod syarikat-syarikat berkenaan sepanjang tempoh menguruskan jemaah umrah. Tindakan ini bagi memastikan syarikat agensi pelancongan lebih bertanggungjawab ketika menjalankan perniagaan dan tidak mengabaikan pelanggan…

Read More