SHAH ALAM 27 Nov. – Kementerian Komunikasi dan Digital memberi jaminan data peribadi rakyat Malaysia yang bakal dilaksanakan menerusi pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) adalah selamat, kata Menterinya, Fahmi Fadzil. Beliau berkata IDN yang diusahakan oleh Mimos Berhad (MIMOS) dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Majlis keselamatan Negara adalah dasar kerajaan untuk menyeragamkan terutama proses daftar masuk (sign in) merentasi kementerian. “Kita lihat setiap kementerian akan ada aplikasinya sendiri dengan pendaftarannya sendiri.. jadi maklumat atau pangkalan data itu dipegang oleh terlalu banyak pihak. “Kita hendak selesaikan isu pendaftaran masuk, kedua isu…
Read MoreMonth: November 2023
Putra bantah pelaksanaan IDN
SEPANG 27 Nov. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dengan tegas menolak cadangan Kerajaan Madani untuk melaksanakan pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN), kata Presidennya, Dr Ibrahim Ali. Katanya, kajian secara mendalam wajib dibuat terlebih dahulu dengan mengambil kira semua aspek keselamatan, privasi rakyat, kos dan lain-lain. “Ini kerana yang memiliki industri maklumat (IT) dalam negara dikuasai oleh bangsa asing. Maka sikap berhati-hati mesti diutamakan sebelum gopoh-gapah pelaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan. Menurut Ibrahim, pelaksanaan IDN yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menimbulkan kegelisahan rakyat kerana banyak persoalan, termasuk hal-hal keselamatan dan…
Read MoreMinyak masak: ECOSS akan ditambah baik
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) akan ditambah baik bagi memastikan rantaian pembekalan minyak masak sampai ke peringkat pengguna. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, ketika ini sistem berkenaan memantau rekod transaksi jualan minyak masak paket secara digital dari kilang penapisan, syarikat pembungkusan, pemborong dan peruncit. “Bagaimanapun, kementerian setakat ini tidak dapat mengukur berapa golongan isi rumah yang menerima agihan dan berapa banyak yang dibeli oleh peniaga mikro. Ini kerana, sistem itu terhenti di peringkat peruncit. Oleh itu,…
Read More1,147 kandungan buli siber diturunkan
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Setakat 15 November tahun ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sudah menurunkan 1,147 kandungan berkaitan buli siber dan gangguan di pelbagai platform media sosial, Timbalan Menteri KKD Teo Nie Ching, Beliau menjelaskan daripada jumlah itu, platform TikTok merekodkan kandungan dengan unsur buli siber tertinggi iaitu sebanyak 804. “Statistik bagi setiap platform menunjukkan sejumlah 804 kandungan dikeluarkan daripada TikTok, diikuti Facebook 195, Instagram dan YouTube masing-masing sembilan kandungan serta platform lain 123,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid…
Read MoreKelantan keluar Beras Agro Darul Naim
KOTA BHARU 27 Nov. – Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan beras tempatan dengan menggunakan jenama sendiri iaitu Beras Agro Darul Naim, mulai tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail,. Beliau berkata, langkah itu dibuat susulan kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas untuk membangunkan kilang padi dan beras di Meranti, Pasir Mas. Tuan Mohd Saripudin berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (Pas-Pulai Chondong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. Mengenai langkah kerajaan negeri dalam menghadapi isu dan cabaran…
Read MoreBerita pilihan…
Tiga pelajar Palestin ditembak
VERMONT: Tiga pelajar Palestin yang menuntut di kolej Amerika Syarikat (AS) ditembak malam Sabtu lalu dalam serangan berhampiran Kampus Universiti Vermont di Burlington. Menurut catatan Facebook ‘Ramallah Friends School’ semalam, tiga pelajar itu disyaki ditembak seorang suspek dan mereka kini selamat, sedang menerima rawatan dengan tahap kecederaan berbeza. Mereka ialah Hisham Awartani, pelajar Universiti Brown di Rhode Island; Kinnan Abdel Hamid, pelajar Kolej Haverford di Pennsylvania dan Tahseen Ahmed pelajar Kolej Trinity di Connecticut. “Kami mendoakan keluarga mereka tabah dan mereka segera sembuh terutama kepada Hisham yang cedera teruk akibat…
Read MoreApa jadi selepas hari ke-4 gencatan senjata
BAITULMUQADDIS : Menjelang gencatan senjata empat hari yang akan berakhir pada pagi esok, timbul persoalan sama ada Israel dan Hamas mahu melancarkan semula kempen ketenteraan mereka di Gaza. Israel dan Hamas menyelesaikan pertukaran ketiga tebusan serta tahanan semalam, dan apakah yang akan berlaku sekiranya tiada perjanjian baharu dicapai. Sebelum ini Israel bersetuju melanjutkan pemberhentian sementara perang selama sehari bagi setiap tambahan pembebasan 10 tebusan yang diculik Hamas, melebihi 50 orang yang disenaraikan dalam perjanjian awal. Bagaimanapun, Hamas belum memberi maklum balas terhadap tawaran berkenaan. Menjelang awal pagi Ahad, Israel berkata…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 27.11.2023
“Mengapa nak salur pada ahli Parlimen yang cerca kita”
PUTRAJAYA 26 Nov. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan pembangunan bagi negeri ditadbir pembangkang masih diteruskan walaupun tidak diberikan terus kepada ahli Parlimen. Beliau menjelaskan peruntukan itu tidak sepatutnya diberikan buat pemimpin yang mencerca, memaki dan menuduh kerajaan dengan pelbagai dakwaan. “Elaun wakil rakyat kita tidak pernah singgung… saya sebut di Parlimen, peruntukan di kawasan Pas dan Bersatu kita teruskan? Projek masjid, perumahan semua kita lakukan, walau tidak salur kepada ahli Parlimen (pembangkang) tetapi salur kepada rakyat. Mengapa nak salur pada ahli Parlimen yang cerca kita, mahu menumbangkan, maki…
Read More