Apa jadi selepas hari ke-4 gencatan senjata

BAITULMUQADDIS : Menjelang gencatan senjata empat hari yang akan berakhir pada pagi esok, timbul persoalan sama ada Israel dan Hamas mahu melancarkan semula kempen ketenteraan mereka di Gaza.

Israel dan Hamas menyelesaikan pertukaran ketiga tebusan serta tahanan semalam, dan apakah yang akan berlaku sekiranya tiada perjanjian baharu dicapai.

Sebelum ini Israel bersetuju melanjutkan pemberhentian sementara perang selama sehari bagi setiap tambahan pembebasan 10 tebusan yang diculik Hamas, melebihi 50 orang yang disenaraikan dalam perjanjian awal.

Bagaimanapun, Hamas belum memberi maklum balas terhadap tawaran berkenaan.

Menjelang awal pagi Ahad, Israel berkata ia sudah menerima 13 tebusan Israel – lapan kanak-kanak dan lima wanita – serta empat warga asing yang ditahan di Gaza, dan seterusnya membebaskan 39 warga Palestin dari penjara Israel.

Pada masa sama, Israel menegaskan akan meneruskan kempen ketenteraan di Gaza sehingga Hamas dimusnahkan sama sekali.

Pengamat politik berpendapat, jika pemberhentian perang berlangsung lebih lama daripada empat hari, Hamas yang mengawal Semenanjung Gaza akan mempunyai lebih banyak masa untuk merangka strategi baharu.

Tempoh bertenang itu memberikan pejuang Hamas peluang berkumpul semula, membolehkannya melancarkan pertahanan yang lebih kukuh jika Israel memperbaharui kempen ketenteraannya.

Gencatan senjata yang dilanjutkan juga boleh mewujudkan lebih banyak peluang kepada negara lain terutamanya Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya mengurangkan kempen ketenteraan yang agresif.

Tindak balas Israel terhadap serangan Hamas 7 Oktober lalu telah membunuh lebih 15,000 orang di Gaza, menurut pegawai kesihatan di sana, sekali gus membimbangkan sekutu Israel mengenai pengendalian kempen ketenteraannya

Related posts

Leave a Comment