Tiga pelajar Palestin ditembak

VERMONT: Tiga pelajar Palestin yang menuntut di kolej Amerika Syarikat (AS) ditembak malam Sabtu lalu dalam serangan berhampiran Kampus Universiti Vermont di Burlington.

Menurut catatan Facebook ‘Ramallah Friends School’ semalam, tiga pelajar itu disyaki ditembak seorang suspek dan mereka kini selamat, sedang menerima rawatan dengan tahap kecederaan berbeza.

Mereka ialah Hisham Awartani, pelajar Universiti Brown di Rhode Island; Kinnan Abdel Hamid, pelajar Kolej Haverford di Pennsylvania dan Tahseen Ahmed pelajar Kolej Trinity di Connecticut.

“Kami mendoakan keluarga mereka tabah dan mereka segera sembuh terutama kepada Hisham yang cedera teruk akibat ditembak di belakang badan, Tahseen di dada sementara Kinnan cedera ringan,” kata catatan Facebook itu.

Dua daripada mangsa terbabit adalah warga AS manakala seorang lagi adalah pemastautin sah AS dan difahamkan, dua daripada mereka memakai keffiyeh serta bertutur dalam bahasa Arab apabila diserang.

Related posts

Leave a Comment