KUALA LUMPUR 28 Nov. – Yang Dipertua Dewan Negara, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 9 Oktober lalu hingga 8 Oktober 2026. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam hantaran di laman Facebook hari ini berkata lima lagi ahli Parlimen dilantik menganggotai jawatankuasa itu. Mereka adalah Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah; Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohd Shafizan Kepli; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman. Terdahulu beliau menyampaikan watikah pelantikan kepada…
Read MoreDay: November 28, 2023
Dapatkan semula mandat pengundi Bukit Gantang
SEPANG 28 Nov. – Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal wajar mendapatkan semula mandat pengundi selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Bersatu Bahagian Bukit Gantang dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan Syed Abu Hussin Hafiz sebagai pengkhianatan kepada mandat rakyat, parti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), serta sistem demokrasi negara. Ketua Bersatu Bahagian, Ahmad Man menegaskan, Bersatu menentang keras tindakan Syed Abu Husin memberi ‘sokongan tanpa had’ (blanket support) kepada Anwar sebagai Perdana Menteri. “Sebagai ahli Parlimen pembangkang, Syed Abu Husin sepatutnya memainkan peranan…
Read MoreRUU GEG: Khairy kecewa, hari menyedihkan
KUALA LUMPUR 28;Nov. – Hari yang sangat menyedihkan. Itu reaksi bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, susulan kegagalan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) di Dewan Rakyat, hari ini, Khairy, yang sebelum ini berusaha mencari jalan bagi mengawal penjualan tembakau dan vape berkata, beliau menggubal (RUU) GEG demi kesihatan awam. Menerusi entri di Instagramnya hari ini, Khairy mendakwa ia berpunca akibat tindakan industri tembakau dan vape melobi Peguam Negara, menggunakan hujah RUU GEG bertentangan dengan Perlembagaan. “Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan. Saya gubal (RUU) GEG demi…
Read MoreTiada kejutan Bukit Gantang lompat sokongan
“Ini bukan kali pertama susuk tubuh bernama Syed Abu Hussin Hafiz beralih sokongan dalam kerjayanya sebagai Ahli Parlimen. Selak kembali selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Pada 9 Mei 2018, beliau mengisytiharkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN),” BUKANLAH satu kejutan apabila Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongannya secara terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini. Mungkin satu kejutan apabila soalan tambahan seperti ‘ucapan dasar Presiden’ dengan mukadimahnya panjang sebelum soalan dikemukakan. Kejutan juga apabila beliau ‘berani’ mengisytiharkan lompat…
Read MorePerbezaan politik tidak tindas pembangkang – PM
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak menjadikan perbezaan politik untuk menindas pemimpin parti pembangkang, malah mereka dijemput dalam lawatan kerja dengan kerajaan luar. Beliau yang merujuk lawatannya ke Sadao Thailand semalam berkata, perkara seumpama itu tidak pernah dilakukan ketika pembangkang (PN) menjadi kerajaan. Pada lawatan itu yang disambut rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin, Perdana Menteri turut mengundang Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli. “Saya marah (kepada pembangkang) pun saya ikut peraturan, saya ke Kedah…
Read MoreAhli Parlimen Bersatu kelima sokong PM
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Seorang lagi Ahli Parlimen pembangkang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) hari ini mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pagi ini. Beliau adalah Ahli Parlimen Bersatu yang kelima dan kedua di Perak yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri yang genap setahun memeimpin Kerajaan Perpaduan baru-baru ini. Sokongan terbuka itu dibuat ketika beliau mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT). Sebelum ini, Syed Abu Hussin pernah menyatakan kesediaan menyokong Anwar di Dewan Rakyat sekiranya…
Read MoreSFA siasat video tikus di dulang
SINGAPURA 28 Nov. – Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang menyiasat video yang memaparkan seekor tikus terbaring di atas dulang makanan di sebuah pusat makanan di Tangs Market! Orchard Road. Dalam video yang sedang tular itu, makanan tersebut kelihatan tidak dimakan dan tikus tersebut kelihatan menggerakkan kakinya. Menurut laporan Mediacorp semalam, SFA menyatakan ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali makanan yang tidak bertanggungjawab. “Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Walaupun SFA menetapkan dan menguat kuasakan langkah-langkah pengawalseliaan, pengendali makanan harus memainkan peranan mereka dengan mematuhi kebersihan makanan dan proses…
Read MoreBerita pilihan…
Aman Palestin beri tempoh 3 hari kepada SPRM
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya gagal menyahbekukan akaunnya yang dibekukan sejak minggu lalu dalam tempoh tiga hari. Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata, Aman Palestin telah mengutus surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, semalam. Menurut beliau, Aman Palestin memberi notis bawah Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001 untuk perintah pembekuan ini dibatalkan dan atau diubah.…
Read More900 bakal haji Singapura diberi tawaran esok
SINGAPURA 28 Nov. – Mulai esok, Rabu, sebanyak 900 bakal jemaah haji Singapura bagi musim 2024 (1445H) akan menerima surat tawaran sama ada melalui SMS atau emel bagi menunaikan rukun Islam ke lima itu. Menurut kenyataan di Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), tawaran awal itu bagi memberi peluang kepada bakal jemaah membuat persiapan yang mencukupi. Bakal jemaah perlu log masuk portal MyHajSG untuk memeriksa surat tawaran tersebut. Bagi mengesahkan tempat bagi Haji 2024, mereka mesti mendapatkan pakej haji daripada ejenpelancongan yang diluluskan MUIS serta keperluan lain yang digariskan dalam…
Read More