900 bakal haji Singapura diberi tawaran esok

SINGAPURA 28 Nov. – Mulai esok, Rabu, sebanyak 900 bakal jemaah haji Singapura bagi musim 2024 (1445H) akan menerima surat tawaran sama ada melalui SMS atau emel bagi menunaikan rukun Islam ke lima itu.

Menurut kenyataan di Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), tawaran awal itu bagi memberi peluang kepada bakal jemaah membuat persiapan yang mencukupi.

Bakal jemaah perlu log masuk portal MyHajSG untuk memeriksa surat tawaran tersebut.

Bagi mengesahkan tempat bagi Haji 2024, mereka mesti mendapatkan pakej haji daripada ejenpelancongan yang diluluskan MUIS serta keperluan lain yang digariskan dalam portal MyHajSG sebelum 10 Disember 2023.

MUIS juga melantik lapan ejen pelancongan bagi menguruskan jemaah iaitu

Hagel Travel & Tours Pte Ltd, Hahnemann Travel & Tours Pte Ltd! Halijah Travels Pte Ltd dan Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd.

Turut dilantik adalah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd! Shahidah Travel & Tours Pte Ltd, Thoha Travels & Tours Pte Ltd dan TM Fouzy Travel & Tours Pte Ltd

Terdapat 23 pakej haji disediakan iaitu lapan pakej jangka pendek dengan tempoh perjalanan tidak melebihi 19 hari manakala 15 pakej lagi lebih panjang, tetapi tidak melebihi 28 hari.

Related posts

Leave a Comment