Terowong TRX dibuka minggu depan

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Terowong kenderaan bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer (km) bakal dibuka pada Rabu hadapan, kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi. Beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan bagi menyokong TRX sebagai sebuah pusat kewangan negara. “Bagi projek nasional sebesar ini di lokasi bandar utama, TRX menjalankan banyak perancangan strategik untuk memudahkan akses bagi pengguna pengangkutan awam dan persendirian. Pembangunan di sini akan memberikan suntikan untuk merancakkan ekonomi setempat. Ini sejajar dengan komitmen kerajaan untuk menjadikan TRX sebagai destinasi perniagaan dan sosial…

Read More

Coldplay: Nikmati konsert, tidak suka tidak perlu kacau

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Penganjuran konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour tidak bermakna kerajaan tidak menyokong solidariti untuk Palestin, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching. Beliau percaya, masih ada banyak cara untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin. “Ada yang pilih boikot restoran makanan segera terkenal, tetapi tak boikot Facebook, Mercedes. Saya harap yang beli tiket (Coldplay), dapat menikmati konsert itu, yang tak suka, tak minat dan tak beli tiket, tidak perlulah kacau,” katanya. Justeru, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak berhasrat membatalkan persembahan hiburan…

Read More

Suis pemati hentikan konsert langgar garis panduan

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Suis pemati atau kill switch akan digunakan untuk menghentikan konsert kumpulan Coldplay yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini sekiranya ia melanggar garis panduan ditetapkan. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta penganjur konsert. “Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin. Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini,”…

Read More

Kenapa BN gelisah MB calon PRK Kemaman

NAMPAKNYA Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO cukup ‘terasa’ dengan tindakan Pas mencalonkan Menteri Besar (MB) Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. Di sebalik keyakinan terhadap ‘panglima’ yang dicalonkan BN, Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, jangan pula ada suara umpama harimau mengaum tak dapat menangkap iaitu “Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul”. Tidak hairanlah Dr Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu mengingatkan pemimpin BN supaya tidak terlalu ‘ssettok’ dengan pemilihan beliau sebagai calon pada PRK yang akan berlangsung…

Read More

Pelarian Rohingya makin meningkat di Acheh

LHOKSEUMAWE: Jumlah ketibaan pelarian Rohingya di Acheh meningkat kepada lebih 1,000 orang dalam tempoh seminggu lalu susulan kira-kira 200 lagi  tiba di wilayah paling barat Indonesia melalui laut semalam. Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Selasa, bot yang membawa lelaki, wanita dan kanak-kanak itu mendarat di bandar kecil Sabang di Aceh, hujung utara Sumatera kira-kira jam 11 malam waktu tempatan. Menurut laporan media, anggota masyarakat setempat berkata jumlah sebenar pelarian Rohingya yang mendarat kali ini mungkin mencecah 360 orang. Penduduk tempatan di Aceh minggu lalu menolak beberapa ketibaan bot pelarian…

Read More

Ingatan polis sempena konsert Coldplay

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Polis akan melakukan pemeriksaan badan, beg dan barangan di Stadium Bukit Jalil mulai pukul 6 petang ini bagi memastikan tiada barang terlarang dibawa masuk sempena Coldplay: Music Of The Spheres World Tour. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata pihak polis tidak akan bertanggungjawab terhadap barang larangan yang dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk ataupun dalam kawasan pekarangan stadium. Pengunjung dilarang membawa masuk mercun, bunga api, suar; topi keledar; laser, objek tajam (besi, kayu); senjata; minuman keras; payung atau tongkat; powerbank; botol…

Read More

Malaysia mendahului Kumpulan D

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Harimau Malaya kini mendahului Kumpulan D selepas anak buah Kim Pan Gon mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Taiwan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia di Taipei malam tadi. Pada masa yang sama Malaysia mendahului Kumpulan D selepas dua perlawanan pertama apabila Kyrgyzstan mengejutkan pasukan ranking ke-72 dunia Oman 1-0 di Bishkek lewat malam tadi menerusi gol jaringan Odiljon Abdurakhmanov pada minit ke-49. Malaysia, yang bangkit menundukkan Kyrgyzstan 4-3 di Bukit Jalil Khamis lalu, satu-satunya pasukan tanpa kalah selepas dua perlawanan dengan mengumpul…

Read More

Bekas KP Kesihatan mahu saman

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendakwa nama dan imejnya digunakan oleh sebuah syarikat dalam usaha meningkatkan jualan satu jenama jeli dan teh herba traditional Cina, Melalui hantaran di media sosialnya, beliau menyifatkan tindakan seumpama itu sebagai pemasaran yang tidak bertanggungjawab, memalukan yang bertujuan untuk menipu orang ramai. Sebelum ini, Dr Noor Hisham semasa menerajui KKM memaklumkan, ketika pandemik Covid-19, pakar dari China mencadangkan membuat rawatan tambahan untuk membuat akupuntur serta ubat ubatan herba bagi mencegah jangkitan serta mempercepatkan pemulihan selepas…

Read More