SETAKAT 7.30 pagi ini, kes positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah 10,434,835 manakala kematian pula meningkat kepada 509,779.
Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 2,629,372 kes dan kematian 127,322 diikuti Brazil yang merekodkan 1,402,041 kes dan 59,594 kematian.
Rusia menduduki tempat ketiga dengan 646,929 kes diikuti India 566,840 dan United Kingdom (UK) 314,160.
Lapan negara mencatat angka melebihi 200,000 kes didahului Peru 285,213, Chile 279,393, Sepanyol 249,271, Itali 240,578, Iran 227,662, Mexico 220,657, Pakistan 209,337 dan Perancis 202,063.
Enam negara merekodkan lebih 100,000 kes didahului Turki 199,906, Jerman 195,418, Arab Saudi 190,823, Afrika Selatan 151,209, Bangladesh 145,483, dan Kanada 106,097.
Qatar pula mencatatkan 96,088 kes diikuti Colombia 95,269 sementara China 84,782 kes
Sementara itu, United Kingdom (UK) berada di kedudukan ketiga merekodkan kematian tertinggi dengan 43,815 diikuti Itali 34,767, Perancis 29,846, Sepanyol 28,355, Mexico 27,121, India 16,893 dan Iran 10,817.
Kes pulih pula sebanyak 5,322,785.