KANGAR 11 Ogos – Selepas menilai keadaan semasa, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis, Megat Hashirat Hassan, mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Arau, berkuat kuasa semalam.
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah yang juga Menteri Besar Perlis mengesahkan peletakan jawatan itu.
Berdasarkan surat rasmi peletakan jawatan bertarikh 10 Ogos yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, Megat Hashirat memaklumkan keputusan untuk berundur adalah langkah paling wajar.
“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan semasa parti dan melalui pertimbangan yang sewajarnya.
Setelah menilai keadaan serta hala tuju kepemimpinan parti pada masa ini, saya merasakan bahawa keputusan untuk berundur daripada jawatan merupakan langkah yang paling wajar,” katanya dalam surat berkenaan.
Megat Hashirat yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Kesihatan, Keusahawanan dan Koperasi, serta Alam Sekitar negeri berkata, tindakan itu dibuat atas pertimbangan peribadi.
“Keputusan ini adalah atas pendirian dan pertimbangan peribadi saya sendiri, tanpa menafikan segala pengalaman, kerjasama dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan amanah dalam Bersatu Bahagian Arau.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli Bersatu Bahagian Arau atas segala kerjasama yang telah diberikan,β katanya yang berharap keputusan ini dapat diterima dan diambil maklum oleh pihak parti.
Nnn
