KUALA LUMPUR 22 Nov. – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendakwa nama dan imejnya digunakan oleh sebuah syarikat dalam usaha meningkatkan jualan satu jenama jeli dan teh herba traditional Cina,
Melalui hantaran di media sosialnya, beliau menyifatkan tindakan seumpama itu sebagai pemasaran yang tidak bertanggungjawab, memalukan yang bertujuan untuk menipu orang ramai.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham semasa menerajui KKM memaklumkan, ketika pandemik Covid-19, pakar dari China mencadangkan membuat rawatan tambahan untuk membuat akupuntur serta ubat ubatan herba bagi mencegah jangkitan serta mempercepatkan pemulihan selepas dijangkiti virus terbabit.
Berikutan itu, pemilik produk itu menggunakan keratan akhbar berkaitan isu berkenaan dan mengaitkannya dengan jenama terbabit.
“Ia mengelirukan untuk dikaitkan dengan produk berkenaan,” katanya yang menjelaskan beliau tiada pilihan selain mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit.
Beliau berkata, tindakan itu diharap menjadi pengajaran kepada syarikat lain.
“Berapa banyak yang anda fikir saya patut menyaman mereka (untuk)? Semoga ini menjadi pengajaran kepada syarikat lain? Sekurang-kurangnya jika saya menang, saya boleh berkongsi kemenangan dengan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya
