SHAH ALAM 12 Okt. – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datin Dr Suzana Sulaiman akan menjalankan tugas naib canselor universiti itu berkuatkuasa hari ini. Pendaftar UiTM, Muhamad Nizam Noordin berkata pelantikan itu susulan persaraan penyandangnya, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor bermula hari ini. Roziah yang berkhidmat di universiti itu selama 33 tahun memegang jawatan berkenaan sejak Ogos 2021, dan merupakan wanita pertama dilantik menjadi Naib Canselor UiTM. Sebelum naib canselor baharu dilantik, terdapat tatacara yang akan diikuti daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bermula…
Read MoreDay: October 12, 2023
Israel sebenarnya negara pengganas, bukan Hamas
PUTRAJAYA 12 Okt. – Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan negara Barat dan Amerika Syarikat (AS) yang membisu apabila Israel melakukan jenayah perang malahan memberi sokongan dengan membekalkan senjata kepada rejim itu. Bekas perdana menteri itu berkata, lebih 70 tahun Israel dengan kejam dan bongkak mendera orang Palestin tanpa henti, dengan hampir setiap hari, mereka membunuh orang Palestin dengan alasan yang dibunuh itu adalah pengganas. “Siapa yang tentukan orang Palestin yang dibunuh ialah pengganas? Jika mereka itu disyaki pengganas, mengapa tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah? Jika kita renung kembali, Israel…
Read More125,000 penumpang MYAirline terjejas
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Seramai 125,000 penumpang terjejas selepas syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline menggantung operasi mulai pagi ini, kata UMenteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata langkah sangat tidak bertanggungjawab oleh syarikat itu sudah mengakibatkan kerugian kira-kira RM20 juta yang ditanggung oleh penumpang, berdasarkan jualan tiket penerbangan syarikat terbabit. Katanya, nilai itu membabitkan hasil jualan tiket penumpang yang membuat tempahan penerbangan MYAirline sehingga Mac depan. “MYAirline memberi jaminan untuk menunaikan kewajipan mereka kepada pengguna terjejss dan membuat bayaran balik kepada penumpang,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini…
Read MorePN gesa pengeluaran KWSP bersasar
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan sekali lagi digesa membenarkan pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum yang benar-benar memerlukan. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan berkata, permintaan itu susulan memorandum yang diterima Perikatan Nasional (PN) daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) dan pengeluaran KWSP antara 10 permintaan yang dikemukakan. “Mereka (PGIRM) meminta kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar. Mereka menjalankan tinjauan kepada 99,335 pencarum yang menyatakan mereka terdesak dan berada dalam kesusahan yang amat memerlukan pengeluaran KWSP secara bersasar dengan tujuan kecemasan. “Kita harap…
Read MoreAnak Papa: Johari tampil beri penjelasan
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, menolak tanggapan bahawa beliau tidak berlaku adil dalam membuat keputusan berhubung usul dikemukakan oleh Ahli Parlimen. Beliau tampil memberi penjelasan ketika mempengerusikan mesyuarat sesi petang ini susulan kecoh isu ‘anak papa’ pada mesyuarat pagi ini. Johari yang kecewa dengan tanggapan itu berkata, beliau dipilih di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk memegang jawatan itu dan hanya menjalankan tugasnya menyelesaikan masalah rakyat, bukan untuk bermain politik. Menjelaskan situasi yang berlaku, Johari berkata, usul dikemukakan Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) kelmarin dan semalam, bukan berkaitan isu padi…
Read MoreDewan kecoh lagi, kali ini ‘Anak Papa’
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Gara-gara mengeluarkan istilah ‘Anak Papa’, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) diarah keluar Dewan Rakyat untuk ‘berehat’ selepas beliau enggan menarik balik perkataan itu. Dewan sebelum itu kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen kerajaan bangkit mempertikai perkataan disebut Awang. Istilah berkenaan disebut Awang ketika Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) bangkit meminta penjelasan apabila Dewan Rakyat mendahulukan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang dibawa Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani), berbanding usul yang dibawa beliau sehari lebih awal. Shahidan mendakwa usulnya dihantar pada Selasa sedangkan Dr Mohammed Taufiq…
Read MoreKeluarga Nurul Ain Haron selamat
SEPANG 12 Okt. – Wanita warga Malaysia, Nurul Ain Haron yang kini berada dalam wilayah konflik, memaklumkan beliau dan keluarganya selamat dalam serangan terbaru tentera Israel di Gaza, Palestin. Bagaimanapun menerusi perkongsian video di Facebook peribadinya, beliau berkata penduduk Gaza kini terputus bekalan air dan elektrik, dan terpaksa mencari sumber lain demi kelangsungan hidup mereka di wilayah terkepung itu. Katanya, keluarga beliau kini terpaksa mengambil air dari tangki yang terbiar dan menggunakan bateri kereta sebagai sumber tenaga untuk mendapatkan liputan internet. Dalam perkongsian melalui Facebooknya, Nurul Ain mengakui tidak cukup…
Read MoreWalid berterima kasih kepada Malaysia
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan awal RM1 juta daripada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi meringankan beban ditanggung penduduk negara itu susulan pergolakan yang berlaku. Sumbangan itu diserahkan Menteri Luar, Dr Zambry Abd Kadir kepada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di lobi Parlimen hari ini. Walid ketika sidang media selepas penyerahan sumbangan itu berterima kasih kepada Malaysia atas sokongan teguh tidak berbelah bahagi terhadap rakyat wilayah itu susulan konflik terkini di Semenanjung Gaza. Beliau berkata, sokongan berterusan Malaysia buat rakyat Palestin bukan…
Read MoreIsrael tidak berhak sekat bantuan kemanusiaan
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Malaysia bertegas bahawa rejim Israel tidak berhak menyekat segala bentuk saluran bantuan kemanusiaan dari negara luar kepada penduduk Palestin. Beliau berkata, mengambil kira situasi kritikal masa kini, Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa termasuk pertubuhan antarabangsa segera menyalurkan bantuan kemanusiaan seperti bekalan asas dan perubatan. Beliau dalam masa sama menyatakan, Malaysia amat kecewa dengan tindakan berat sebelah dalam menangani isu konflik Israel dan Palestin. “Tatkala pihak Barat sepantas kilat mengambil tindakan dan membantu Kiev dalam mempertahankan diri dari pencerobohan…
Read MoreMYAirline gantung operasi
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Selepas hampir setahun ‘terbang’, syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak. Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan tekanan kewangan menyebabkan operasi perlu digantung, sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat. “Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi. Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal…
Read More