KUALA LUMPUR 1 Okt. – Anwar Ibrahim telah melakukan 17 lawatan ke luar negara termasuk ke negara-negara ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS) serta Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Perdana Menteri berkata, hasil lawatan ke China pada Mac lalu itu menjana nilai potensi pelaburan RM170.07 bilion iaitu pelaburan komited sebanyak RM100.33 bilion hasil sesi meja bulat dengan pemimpin industri dan ketua perniagaan China. Menjawab soalan tambahan Tuan Tan Kar Hing (PH-Gopeng), beliau berkata, sebanyak RM69.74 bilion lagi daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara syarikat-syarikat Malaysia dan China. “Ini termasuklah pelaburan daripada…
Read MoreDay: October 10, 2023
Syor ambil empat tindakan berhubung kewangan negara
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, mengesyorkan empat tindakan yang perlu diambil berhubung kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan tahun lalu. Beliau mengemukakan syor itu dalam kenyataan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan di Parlimen, hari ini . Katanya, syor pertama ialah Kerajaan Persekutuan disarankan meningkatkan tadbir urus dalam menguruskan perbelanjaan awam selain mempergiatkan usaha ke arah keberkesanan pengurusan perbelanjaan. Kedua, menambah baik pengurusan hutang awam iaitu kemampuan keberhutangan dan kemampanan hutang serta pengurusan jaminan kerajaan bagi mengurangkan…
Read MoreEkonomi meyakinkan menjelang akhir tahun
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi negara akan bertambah meyakinkan menjelang akhir tahun ini, kata Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini. Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri sewaktu pertemuan beliau bersama Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour semalam berdasarkan kepada data dan angka baharu yang diterima. “Kita harap kejelasan dasar termasuk ekonomi dan pelaburan, serta transisi tenaga yang semakin mendapat tarikan baharu ini, dapat membantu menarik pelaburan sekali gus membantu memperkukuh kedudukan ringgit,” katanya menjawab soalan Awang Hashim (PN-Pendang)…
Read MoreHutang negara RM1.08 trilion
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Hutang Persekutuan pada akhir 2022 meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus kepada RM1,079.591 bilion berbanding RM979.814 bilion yang direkodkan pada tahun 2021. Ketua Audit Negara, Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata nisbah hutang Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula dicatatkan pada kadar 60.3 peratus. Beliau berkata, nisbah statutori Hutang Persekutuan yang membabitkan Bil Perbendaharaan Islamik, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekuriti Kerajaan Malaysia berjumlah RM1.032 trilion adalah pada nisbah 57.6 peratus kepada KDNK. “Nisbah ini adalah di bawah had statutori 65 peratus kepada…
Read MoreProduk rokok: Alasan tangguh RUU lemah
SEPANG 10 Okt. – Apa yang sebenarnya berlaku? Itu persoalan yang dilontarkan selepas kerajaan menarik semula bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) di Parlimen, hari ini. Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Amrahi Buang, menyifatkan alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah lemah, sekaligus menimbulkan tanda tanya bukan sahaja dalam kalangan Ahli Parlimen tetapi juga rakyat. Beliau berkata , penarikan semula itu ternyata mengecewakan rakyat kerana tindakan terbabit menggambarkan kerajaan tidak serius dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi generasi muda. “Apakah yang sebenarnya…
Read MorePembinaan Pan Borneo di Sabah disegerakan
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah akan disegerakan susulan kemajuan projek itu yang amat perlahan berbanding di Sarawak, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan diarah untuk menyegerakan projek itu manakala Timbalan Perdana Menteri 2, Datuk Seri Fadillah Yusof ditugaskan untuk memastikan pembinaan lebuh raya itu tidak lagi tertangguh. “Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan dipersetujui untuk ‘fast track’ (disegerakan). Asalkan ada proses perolehan dan tender, kita lakukan ‘fast track’ di kawasan Sabah. “Ini disebabkan projek Pan Borneo ini sudah berpuluh tahun…
Read MoreCheras catat IPU tidak sihat tertinggi
PUTRAJAYA 10 Okt. – Sebanyak empat kawasan di tiga negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini. Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, bacaan tertinggi adalah di Cheras iaitu 169. Kawasan lain yang turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Batu Pahat, Johor (158), Bukit Rambai, Melaka (156) dan Larkin, Johor (137). APIMS turut mencatatkan bacaan IPU di 60 stesen lain pada tahap sederhana dan hanya empat kawasan Keningau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Kimanis di Sabah mempunyai…
Read MoreBerita pilihan…
Tiga LRA terjejas insiden pencemaran bau
KUALA SELANGOR: Insiden pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor awal pagi ini, menyebabkan gangguan bekalan air dan tekanan air rendah di sebahagian kawasan di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, sehingga pukul 4 pagi, keempat-empat LRA iaitu SSP1, SSP2, SSP 3 dan LRA Rantau Panjang sudah mula beroperasi. “Senarai kawasan sedang dikemaskini dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Air Selangor berkata, bantuan alternatif melalui lori tangki digerakkan…
Read MoreTarik tauliah tidak jejas gerakan dakwah
SHAH ALAM 10 Okt. – Tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah terhadap aktivis politik bermula tahun lalu tidak menjejaskan aktiviti dakwah dan pengajaran agama Islam di negeri ini. Ini kerana ia hanya membabitkan sejumlah 26 orang iaitu 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan 5,682 pemegang tauliah yang aktif di Selangor Justeru Pengerusi MAIS Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam satu kenyataan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa larangan ini sebagai suatu sekatan terhadap dakwah dan pengajaran agama Islam di Selangor. Beliau berkata, larangan pembabitan aktivis politik sebagai pemegang tauliah…
Read More