Siswazah USIM, keluarga korban serangan rejim Israel

NILAI : Dua orang pelajar siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan lebih 20 orang ahli keluarga mereka adalah antara mangsa korban akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin pada pagi Ahad yang lalu. Mohammed J. H. Alzaanin, calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia  dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM terkorban dalam serangan bom yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira jam 8 pagi. Turut terkorban adalah empat orang anak pasangan ini manakala seorang lagi  dilaporkan…

Read More

Sikap barat sokong rejim Israel tidak mampu selesai konflik

PUTRAJAYA 9 Okt. – : Perkembangan terbaharu di Semenanjung Gaza dijangka tidak menyelesaikan konflik di antara Palestin dan Israel yang sudah berlarutan sejak tujuh dekad, kata Dr Mahathir Mohamad Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana maklum balas daripada negara Barat yang berkuasa serta pengampu termasuk media mereka, bertindak hipokrit, prejudis dan melampau. Katanya, mereka memilih untuk terus merekacipta naratif yang menyesatkan dengan menyatakan serangan yang dilakukan ke atas Israel dilakukan pengganas, sekali gus mereka dengan jelas menyalahkan Hamas, Hezbollah dan Iran. “Dengan naratif itu, mereka menimbulkan ketakutan dalam kalangan…

Read More

Stok beras negara cukup sehingga lima hulan

KUALA LUMPUR 10 Okt. –  Jumlah stok bagi menampung keperluan beras negara ketika ini mencukupi bagi tempoh sehingga lima bulan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Mohamad Sabu. Beliau memberitahu Dewan Rakyat, berdasarkan status semasa kedudukan stok beras negara, jumlah stok bekalan sehingga 3 Oktober adalah sebanyak 820,482 tan. “(Ia) terdiri daripada 250,000 tan ‘stockpile’ (simpanan stok) kerajaan dan 570,482 tan stok dagangan,” katanya semasa sesi penerangan mengenai isu bekalan beras putih di Dewan Rakyat hari ini. Mohamad berkata, sejak pelancaran Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) pada 20…

Read More

ADUN Gemas Ketua Pembangkang

SEREMBAN 9 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Ridzuan Ahmad, daripada Perikatan Nasional (Bersatu) dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15. Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman, mengumumkan demikian dalam perutusan pada Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan Yang Ke-15, hari ini. Beliau berkata, pihaknya menerima notis daripada Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menerusi surat kepada Setiausaha DUN bertarikh 25 September lalu, menyatakan Ridzuan sebagai Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan. Pada Pilihan Raya Negeri…

Read More

Elak politik dendam, fokus sejahterakan rakyat

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu supaya tidak mengamalkan politik dendam yang akhirnya menyimpang daripada matlamat utama untuk memajukan negeri. Baginda sebaliknya menggesa mereka melaksanakan mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan penuh tanggungjawab dan memberi fokus kepada agenda membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat. “Jangan berbalah dan mengamalkan politik dendam yang akhirnya menyimpang daripada matlamat utama untuk memajukan negeri. “Kewajipan yang diberi perlu dilaksanakan dengan penuh integriti dan akauntabiliti serta mengutamakan kepentingan negeri tanpa ada agenda…

Read More

PLKN dihidupkan semula, latihan  di 13 kem tentera

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 ‘dihidupkan’ semula menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya, di mana anak muda akan menjalani latihan di kem tentera. Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan berkata, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari yang mampu menampung kapasiti sehingga 4,000 pelatih. “Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN. “Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk…

Read More

Kajian pengasingan Peguam Negara, Pendakwa Raya lalui tiga fasa

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Kajian bagi melaksanakan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan melalui tiga fasa, mengambil kira kompleksiti dan cabaran dihadapi serta memastikan ia dibuat secara terperinci dan holistik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),  Azalina Othman Said, berkata kajian dilaksanakan dua pasukan iaitu Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal. Katanya, kajian pasukan itu akan memastikan pengasingan itu dapat dilaksanakan tanpa sebarang pengaruh politik dan urusan undang-undang di bawah Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilaksanakan secara telus. Azalina berkata,…

Read More

Hanya 54 Ahli Parlimen jalani pemeriksaan kesihatan

KUALA LUMPUR 9 Okt. –  Hanya 54 daripada 222 Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan setakat 2 Oktober lalu, satu jumlah yang terlalu kecil, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul. Justeru beliau mengingatkan semua Ahli Parlimen yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan agar melaksanakannya dengan segera, iaitu sebelum tarikh akhir untuk pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Oktober ini. “Yang Berhormat boleh menghubungi doktor kesihatan Parlimen Malaysia berkenaan maklumat terperinci mengenai pemeriksaan kesihatan ini,” katanya dalam pemasyuran Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Parlimen, di sini…

Read More

Wujudkan koridor kemanusiaan bantuan makanan

ROM: Koridor kemanusiaan bagi menyalurkan bantuan makanan ke Gaza perlu diwujudkan susulan serangan udara Israel melanda kawasan Palestin berikutan serangan maut Hamas. Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) berkata, semua pihak perlu menegakkan prinsip undang-undang kemanusiaan termasuk memastikan akses kepada makanan. “Apabila konflik semakin meningkat, orang awam, termasuk kanak-kanak dan keluarga yang terdedah, menghadapi cabaran semakin meningkat dalam akses bekalan makanan penting,” kata WFP. WFP berkata ia bersedia menyediakan stok makanan awal untuk orang yang dipindahkan atau berada di tempat perlindungan. “Walaupun kebanyakan premis perniagaan di kawasan terjejas di…

Read More