Tiada keperluan rombak Exco Johor

ISKANDAR PUTERI 27 Sept. – Tiada keperluan untuk Johor menubuhkan Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Pusat pada ketika ini, kata Menteri Besar,  Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) ditubuhkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Katanya, ketika ini, Johor mempunyai hubungan kerjasama baik dengan kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim. Beliau juga secara peribadi selalu berhubung dengan Perdana Menteri, dalam menangani pelbagai isu bagi membantu rakyat Johor walaupun ini kerajaan BN. “Namun kita tetap berlaku adil…

Read More

Sanusi tolak bertanding Naib Presiden Pas

ALOR SETAR 27 Sept. – Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi Md Nor menolak untuk dicalonkan sebagai Naib Presiden Pas pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan ke-69 parti itu bulan depan. Menteri Besar Kedah itu berkata, keputusan tersebut dibuat kerana beliau berasakan belum layak untuk memegang jawatan berkenaan. Muhammad Sanusi berkata, beliau sudah dua kali menolak pencalonan bagi jawatan Naib Presiden itu sebaliknya hanya akan bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat. “Dalam Pas kualiti untuk pimpin parti dan sektor lain berbeza cirinya. Jadi calon menang…

Read More

Beras: Akmal pertahan tindakan terjah

JASIN 27 Sept. – Kalau tidak tahu apa isu sebenar dan keperitan rakyat di bawah, lebih baik diam daripada bercakap. Nampak sangat kurang cerdik,” itu reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. Beliau tidak peduli sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya turun padang bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan ketika ini. “Tanggungjawab saya menjaga kepentingan rakyat, bukan menjaga kepentingan tauke besar. I don’t care! (Saya tidak peduli),” katanya yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka dalam satu kenyataan. Dr Muhamad Akmal yang juga…

Read More

Dr Noor Hisham Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI

SEPANG 27 Sept. –  Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI, berkuat kuasa 1 Oktober ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UCSI Prof Dr Siti Hamisah Tapsir. Beliau berkata Dr Noor Hisham akan bertanggungjawab menetapkan hala tuju strategik Hospital UCSI, di Port Dickson, Negeri Sembilan dan anak syarikat lain di bawah Kumpulan Kesihatan UCSI. Dalam kenyataannya, beliau berkata, Dr Noor Hisham akan berkhidmat sebagai Pakar Perunding Bedah (pelawat) dalam bidang payudara, endokrin dan pembedahan am. Dr Noor Hisham juga dilantik sebagai Profesor Adjung…

Read More

Khairy setuju hapus pencen ganti KWSP

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan zaman pencen sudah berlalu dan setuju dengan cadangan membatalkan pencen Ahli Parlimen dan ditukar kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pada masa yang sama, bekas Menteri Kesihatan itu juga mencadangkan pencen penjawat awam turut dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara. “Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam Jemaah Menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara. “Pertama, kenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kedua, rasionalisasi subsidi.…

Read More

“Mailah tengok, cepat baiki Rumah P.Ramlee”

TANJONG 27 Sept. –  Pihak-pihak berkenaan digesa supaya segera memperbaiki kerosakan struktur bumbung rumah kelahiran Seniman Agung P Ramlee di Jalan P Ramlee di sini yang hampir roboh. Senator  Dr Rais Yatim menerusi hantaran di laman Facebooknya, semalam, mendedahkan kerosakan itu dikesannya semasa berkunjung ke rumah berkenaan selepas menghadiri seminar Rukun Negara dan Perlembagaan. “Betul-betul terkejut bila mendapati atap dan siling rumah asal seniman agung kita ini hampir roboh lantaran kebocoran yang berlarutan. “Saya ambil peluang ini mohon supaya jabatan yang bertauliah supaya segera lalukan kerja pembaikan. Keadaannya amat menyedihkan,…

Read More

Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023, di sini malam tadi. Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat pada majlis anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia (Persatuan Lim). Hadir sama pada majlis anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia (Persatuan Lim) adalah Naib Presiden Persekutuan Persatuan Keturunan Lim Malaysia Lim Hock San. Menurut kenyataan Istana Negara, turut hadir Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang…

Read More

Howard: Kertas siasatan akan dirujuk ke AG

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam percakapan Howard Lee Chuan How bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina agama Islam dengan mentafsir sendiri ayat al-Quran. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata rakaman percakapan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu diambil pada pukul 3 petang di Ipoh, Perak mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. Beliau berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

Read More

Media sosial hanya promosi, tiada transaksi. 

JAKARTA: Indonesia memperkenalkan peraturan baharu yang melarang media sosial dijadikan platform transaksi perdagangan sosial sebaliknya hanya dibenarkan mempromosikan barangan atau perkhidmatan. Menteri Perdagangan, Zulkifli Hasan, berkata platform media sosial tidak dibenarkan menjadi platform untuk transaksi perdagangan atau pembayaran langsung. “Media sosial hanya boleh mempermudahkan promosi barangan atau perkhidmatan dan tidak boleh (memudahkan) transaksi langsung dan pembayaran terus, (jadi) tidak boleh lagi, hanya boleh promosi,” katanya pada Isnin. Hasan berkata televisyen, media sosial atau platform media digital lain hanya boleh menjadi tempat untuk mempromosikan produk dan bukan sebagai platform untuk transaksi.…

Read More