44 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 24 Dis. – Sebanyak 44 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi, termasuk 10 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 31,265 dengan 6,316 membabitkan BID.

Data COVIDNOW menunjukkan Perak mencatatkan kematian tertinggi semalam iaitu 14 kes termasuk satu kes BID  disusuli tujuh di Pulau Pinang; enam termasuk dua BID di Selangor; dan masing-masing empat kematian di Terengganu dan Kuala Lumpur.

Tiga kematian direkodkan di Kelantan, manakala dua lagi di Pahang dan masing-masing satu di Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah.

Tiada kematian akibat COVID-19 direkodkan di Melaka, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 47,863 kes aktif dilaporkan setakat tengah malam tadi membabitkan 39,940 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah, seramai 3,946 individu dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala 3,648 pesakit lagi menjalani rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment