Wee Ka Siong kekal Presiden MCA

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Dr Wee Ka Siong berjaya mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas mengalahkan pencabarnya bekas ahli jawatankuasa pusat,  Tan Chong Seng. Terdahulu, Timbalan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang jawatan itu iaitu Dr Mah Hang Soon Empat Naib Presiden pula merupakan gandingan muka lama dan baharu iaitu dua penyandang  Lim Ban Hong dan  Tan Teik Cheng manakala dua lagi muka baharu, Dr Wee Jeck Seng dan  Lawrence Low. Ti Lian Ker gagal mempertahankan jawatan itu manakala dua lagi yang turut tewas adalah bekas Ketua…

Read More

SKMM tidak seharusnya beri kuliah “pelaporan yang tepat”

SEPANG 24 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak seharusnya memberikan kuliah tentang apa itu “pelaporan yang tepat” kepada pengamal media di negara ini. Sekumpulan wartawan dan pengamal media dalam kenyataan hari ini menegaskan rata-rata pengamal media memahami tanggungjawab mereka serta dipandu oleh profesionalisme dan etika kewartawanan. Justeru, kumpulan berkenaan memandang serius tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak kebelakangan  ini yang memberi amaran, memanggil dan menyekat beberapa portal berita. Kenyataan itu merujuk kepada arahan SKMM kepada portal berita MalaysiaNow yang diminta menurunkan kandungan berita mengenai kekecohan…

Read More

Taklimat cantik, realitinya rakyat susah

  PASIR GUDANG: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, menegaskan pendedahan masalah rakyat membabitkan ketiadaan bekalan beras putih tempatan (BPT), minyak masak, gula pasir dan telur ayam adalah benar. Justeru beliau menafikan sengaja mencetuskan kebimbangan melalui kenyataannya semalam yang mendakwa kawasannya kini terputus bekalan barangan keperluan asas, termasuk BPT. Hassan yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian bawah Parlimen berkata, beliau bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkannya, semalam. “Kenyataan yang saya buat itu adalah berasas, cukup yakin dan bukan secara semberono. Selama…

Read More

Radzi mahu penyebar fitnah mohon maaf

SEPANG 24 Sept. –  Bekas Menteri Kanan Pendidikan,  Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf. Menerusi rakaman video berdurasi tiga minit bersama isterinya di Facebook, beliau menegaskan tuduhan atau fitnah itu termasuk melibatkan isterinya yang dikatakan kerabat diraja adalah sangat besar dan cukup jahat. “Ini satu fitnah yang besar dan kepada penyebar, ya anda mungkin gembira kerana ia sudah tular tetapi itu gembira di dunia tetapi menjawablah di akhirat kelak. Ini satu…

Read More

10 penyelidik kaji sumber baharu kewujudan Hang Tuah

AYER KEROH 24 Sept. – Bekas Naib Canselor Universiti Melaka (UNIMEL), Dr Mohd Taib Dora akan mengetuai 10 penyelidik serta pakar sejarah untuk melengkapkan kajian penyelidikan mengukuh kewujudan Hang Tuah menerusi sumber baharu. Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh, berkata Dr Mohd Taib dibantu Prof Madya Dr Rohaidah Kamaruddin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Dr Mardiana Nordin dari Universiti Malaya (UM). Beliau berkata, sebelum ini beberapa ahli pasukan penyelidik itu berjaya mengenal pasti banyak sumber baharu yang masih belum diterokai serta mengesan banyak khazanah serta artifak yang masih tersimpan di…

Read More

ADUN Bersatu Timbalan Speaker DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU 24 Sept. – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 mencipta sejarah apabila mempunyai Timbalan Yang Dipertua yang disandang oleh Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat. Nama Khazan yang juga Setiausaha Bersatu negeri, dicadangkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong ADUN Paka,  Satiful Bahari Mamat sebelum diluluskan dengan sebulat suara oleh 32 ADUN. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Khazan menang dengan majoriti 2,797 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman yang selama…

Read More

Exco Johor Ketua Pemuda MCA baharu

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon dipilih sebagai ketua pemuda MCA yang baharu, selepas mengalahkan dua pesaingnya Danial Wa Wai How dan Bernard Chan Kee Siang. Setiausaha Agung MCA  Chong Sin Woon, yang mengumumkan keputusan itu menyaksikan Ling yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, memperoleh 130 undi,  Wa meraih 58 undi manakala Chan  gagal memperoleh undi. Jawatan itu tidak dipertahankan  Nicole Wong, yang bertanding jawatan naib presiden bagi pemilihan kali ini. Bagi Timbalan Ketua Pemuda pula, Mike Chong Yew…

Read More

PH-BN tidak layak dapat undi PRK Pelangai

SEPANG 24 Sept. – Perikatan Nasional (PN) terbukti mempunyai rekod yang baik dalam membela nasib rakyat, bukan seperti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang sekadar pandai menabur janji tetapi gagal menjaga kebajikan rakyat. Justeru, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, mengambil kira kegagalan itu, PH-BN tidak layak mendapat mandat pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober ini. Muhyiddin berkata senario politik semasa membuktikan kedua-dua parti itu hanya pandai menabur pelbagai janji kosong yang tidak pernah dikotakan berbanding PN yang terbukti mempunyai rekod yang…

Read More