KUALA LUMPUR 14 Sept. – Polis mengesahkan tangkapan ke atas seorang aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard, malam ini, tetapi ia tidak ada kaitan dengan perhimpunan yang dirancang Sabtu ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata penahanan dilakukan disebabkan kegagalan Badrul Hisham menghadirkan diri selepas dipanggil polis berkaitan siasatan kes lain. Terdahulu tular laporan tangkapan ke atas Badrul di luar ibu pejabat Pas ketika beliau dikatakan mahu menghadiri mesyuarat berkaitan perhimpunan 16 September ini. Katanya, pihak polis sebelum ini sudah memanggil Badrul Hisham…
Read MoreDay: September 14, 2023
Agong baca surat rakyat Sabah, Sarawak
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membaca setiap surat dan petisyen yang dipersembahkan kepada baginda oleh rakyat Sabah dan Sarawak sepanjang 11 hari pengembaraan Kembara Kenali Borneo yang berakhir semalam. Menerusi satu hantaran di Facebook Istana Negara malam ini, Seri Paduka Baginda akan menyerahkan setiap surat dan petisyen berkenaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat di Sabah dan Sarawak yang telah sudi berkongsi kisah suka dan duka serta pelbagai masalah menerusi…
Read MoreLangkah jangka pendek, panjang tangani import
SEPANG 14 Sept. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa kerajaan mencari punca kuasa dalam menangani isu kenaikan harga beras ketika rakyat dibebani kos sara hidup yang meningkat untuk tempoh dua tahun pasca Covid-19 yang lalu. Dalam satu kenyataan, Putra berkata, pada masa yang sama, kerajaan perlu mengambil langkah bagi mengurangkan kebergantungan import. Menurut Putra, dalam tempoh sebulan dua ini, harga beras tempatan naik sekitar antara 13 peratus dan 15 peratus di pasaran manakala India menghentikan eksport, kesan perubahan iklim selain kejatuhan mata ringgit. Justeru, Pengerusi Biro Ekonomi Putra, Dr.…
Read MoreSegerakan reformasi sistem, institusi
KUALA LUMPUR: Reformasi sistem dan institusi perlu dilaksanakan segera terutama berkaitan pemusatan kuasa seperti sering dilaungkan sebelum kerajaan yang ada pada hari ini menerajui pentadbiran negara, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Wakil tunggal MUDA dari Muar itu berkata, langkah itu bukan sahaja bagi mengelak daripada memberi mesej salah kepada rakyat terutama golongan muda sebaliknya bimbang reformasi itu dilupakan sekiranya tiada desakan atau garis merah ditetapkan bagi pelaksanaan merealisasikan hasrat ke arah itu. Pada masa yang sama, beliau mengingatkan, kegagalan atau kelewatan melaksanakan reformasi itu dikhuatiri akan menormalisasi amalan rasuah…
Read MorePengampunan Najib bukan hak PH
MELAKA 14 Sept. – Hak untuk pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong, bukan hak Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh Beliau berkata, seperti mana UMNO menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan diraja kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, begitu juga PH perlu menghormati apa sahaja keputusan Agong terhadap Najib. “Jangan memandai-mandai, `fullstop’ (noktah),” katanya dalam satu kenyataan, melalui media sosial hari ini. Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi…
Read MorePM guna helikopter semasa PRN?
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Dakwaan pembangkang berhubung penggunaan helikopter oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini mendapat bantahan seorang penyokong kerajaan. Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) bangun mencelah ketika Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) membuat dakwaan demikian semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Beliau meminta Takiyuddin yang juga Ketua Whip Pembangkang di Parlimen menarik balik kenyataan berhubung dakwaan terhadap Perdana Menteri itu yang disifatkannua sebagai berniat jahat. Tanpa mengendahkan permintaan Tze Tzin, Takiyuddin tetap meneruskan ucapannya dan keadaan itu menyebabkan…
Read MoreHimpunan Aman Selamatkan Malaysia di Kampung Baru
SEPANG 14 Sept. – Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia yang lebih inklusif telah dibentuk dalam usaha mengembalikan semula integriti dan maruah negara yang tercalar akibat pengguguran kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi. Menurut satu kenyataan hari ini, Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia akan dilancarkan menerusi satu Himpunan Aman Selamatkan Malaysia pada hari Sabtu, 16 September 2023, di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sekretariat ini dibentuk menggabungkan parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bersetuju dengan asas dan prinsip yang sama. Justeru, sekretariat menyeru seluruh rakyat Malaysia yang melawan korupsi dan…
Read MoreNoktahkan isu DNAA di Dewan Rakyat – Hassan
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim digesa memberi penjelasan di Dewan Rakyat berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi. Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menyifatkan langkah itu penting bagi membolehkan ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan mendapat penjelasan sebenar. Wakil PKR itu berkata, adalah lebih baik Perdana Menteri menjelaskan sendiri isu berkaitan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berbanding kenyataan yang dilaporkan di media.…
Read MoreMAPIM sasar bantuan kilat RM500,000
SEPANG 14 Sept. – Enam sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) tiba di Morocco Isnin lalu bagi menyertai Misi Bantuan Kecemasan berikutan gempa bumi yang mengirbankan lebih 2,000 jiwa. Menurut Dr Sani Araby Al Kahery, Ketua Misi Bantuan Kecemasan Gempa Marrakesh MAPIM, mereka sebelum itu dalam program khidmat perundingan kepada beberapa pertubuhan di Istanbul dan kemudiannya terus ke Marrakesh. MAPIM dengan enam sukarelawan berjaya sampai ke empat titik gempa untuk siri ‘fact finding’ dan telah menggerakkan bantuan awal termasuk pek makanan yang sedia dimakan, air minuman dan khemah sementara.…
Read MoreAbang Foodpanda dapat motosikal baharu
TIDAK sampai 24 jam tular, penghantar makanan yang terpaksa berjalan kaki sejauh empat kilometer selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan mendapat motosikal baharu semalam. Aisar Khaledd melalui beberapa hantaran di Facebook, telah membawa penghantar makanan terbabit ke sebuah kedai dipercayai bagi membeli motosikal baharu untuk lelaki tersebut. “Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Walau apa pun. Rancangan Allah itu lebih baik,” tulisnya. Menurut Aisar, dia terpanggil untuk membantu pemuda berkenaan dengan memberikan motosikal baharu bagi memudahkan lelaki tersebut meneruskan pekerjaan sebagai penghantar makanan. “Kita beri kejutan…
Read More