MAPIM sasar bantuan kilat RM500,000

SEPANG 14 Sept. – Enam sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) tiba di Morocco Isnin lalu bagi menyertai Misi Bantuan Kecemasan berikutan gempa bumi yang mengirbankan lebih 2,000 jiwa.

Menurut Dr Sani Araby Al Kahery, Ketua Misi Bantuan Kecemasan Gempa Marrakesh MAPIM, mereka sebelum itu dalam program khidmat perundingan kepada beberapa pertubuhan di Istanbul dan kemudiannya terus ke Marrakesh.

MAPIM dengan enam sukarelawan berjaya sampai ke empat titik gempa untuk siri ‘fact finding’ dan telah menggerakkan bantuan awal termasuk pek makanan yang sedia dimakan, air minuman dan khemah sementara.

Katanya, MAPIM menyasarkan keperluan dana bantuan kilat sebanyak RM500,000 untuk pengagihan keperluan terdesak termasuk cadangan pembinaan semula rumah-rumah keluarga mangsa.

Melalui Facebook MAPIM, beliau  memberitahu TABUNG KILAT MAPIM boleh disalurkan menerusi akaun Maybank Tabung Kemanusiaan MAPIM (5622-6354-0066)

“Infaq sumbangan dari Malaysia ini biarpun kerdil namun sangat besar maknanya buat saudara Marrakesh kita yang diuji dengan musibah gempa ini,” katanya.

Wilayah AlHouz yang terletak di banjaran Pergunungan Atlas digegarkan dengan gempa sekuat 6.8 magnitud pada 11 malam Jumaat 8 September lepas.

Gempa ini disifatkan jarang berlaku dan terburuk dalam tempoh 60 tahun.

Gegaran kuat dalam 27 saat ini mengakibatkan 2,862 orang terkorban manakala 2562 lagi cedera parah manakala dianggarkan lebih dari 300,000 penduduk yang terkesan secara langsung dan tidak langsung dengan kemusnahan.

Related posts

Leave a Comment