Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di Kampung Baru

SEPANG 14 Sept. –  Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia yang lebih inklusif telah dibentuk dalam usaha mengembalikan semula integriti dan maruah negara yang tercalar akibat pengguguran kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.

Menurut satu kenyataan hari ini, Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia akan dilancarkan menerusi satu Himpunan Aman Selamatkan Malaysia pada hari Sabtu, 16 September 2023, di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sekretariat ini dibentuk menggabungkan parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bersetuju dengan asas dan prinsip yang sama.

Justeru, sekretariat menyeru seluruh rakyat Malaysia yang melawan korupsi dan menolak pembebasan perasuah, hadir beramai-ramai dan berhimpun secara aman bermula dengan solat Zuhur di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Himpunan itu akan turut dihadiri oleh pimpinan utama parti politik dan NGO yang akan bermula sejurus selepas itu.

Related posts

Leave a Comment