Abang Foodpanda dapat motosikal baharu

TIDAK sampai 24 jam tular, penghantar makanan yang terpaksa berjalan kaki sejauh empat kilometer selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan mendapat motosikal baharu semalam.

Aisar Khaledd melalui beberapa hantaran di Facebook,  telah membawa penghantar makanan terbabit ke sebuah kedai dipercayai bagi membeli motosikal baharu untuk lelaki tersebut.

“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.  Walau apa pun. Rancangan Allah itu lebih baik,” tulisnya.

Menurut Aisar, dia terpanggil untuk membantu pemuda berkenaan dengan memberikan motosikal baharu bagi memudahkan lelaki tersebut meneruskan pekerjaan sebagai penghantar makanan.

“Kita beri kejutan motosikal kepada abang penghantar makanan yang motosikalnya disita pihak berkuasa.

“Terima kasih semua yang mendoakan. Demi Malaysia.

“Abang Foodpanda sudah terima motosikal baru daripada Aisar Khaledd. Rakyat bantu rakyat,” tulisnya menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu.

Related posts

Leave a Comment