Hadi hanya jawab lima soalan

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, hanya menjawab lima daripada 24 soalan yang dikemukakan ketika proses rakaman percakapan manakala selebihnya beliau memilih untuk menjawab di mahkamah. Sesi rakaman percakapan itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di Markas Pas di Bakri, Muar, Johor, bulan lalu. Timbalan Ketua Polis Negara,  Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sesi soal siasat oleh pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dibuat di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, di sini, “Abdul Hadi memaklumkan…

Read More

MUDA tuntut penjelasan munasabah

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menuntut penjelasan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri,  Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam satu kenyataan hari ini, MUDA menggesa Perdana Menteri dan kerajaan memberikan penjelasan yang munasabah dan bertanggungjawab atas keputusan serta tindakan Jabatan Peguam Negara. “Ini adalah kerana lantikan Peguam Negara dibuat bawah kuasa Perdana Menteri. “Adalah sangat mengecewakan apabila Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak Jabatan Peguam Negara memohon melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang…

Read More

ABIM minta penjelasan Pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR 4 Sept. –  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Pejabat Peguam Negara memberi penjelasan berhubung keputusan menarik semula kes Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan Yayasan Akalbudi. Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata langkah itu bagi mengelak sebarang salah faham terhadap jabatan berkenaan. “Ini juga bagi menghentikan spekulasi yang berpotensi mewujudkan persepsi masyarakat terhadap sistem keadilan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau merujuk tindakan pihak Peguam Negara menerusi Timbalan Pendakwa Raya yang memohon untuk menarik semula kes Ahmad…

Read More

Isyarat apa pemerintah ingin beritahu dunia?

SEPANG 4 Sept. – Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyatakan rasa kecewa melalui Sajak DNAA apabila Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Beliau mempersoalkan kenapa perkara itu terjadi ketika slogan reformasi dilaungkan untuk bebas dari rasuah dan menegakkan Integriti. “Kita hari hari bercakap Basmi korupsi. Kita berdiri di tahaf moral yang tinggi Bebas dari rasuah. Tegakkan intergriti Kita melaungkan slogan reformasi. Tetapi bolehkah rakyat percaya semua ini sekarang?,” soalnya. Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepaskan Ahmad…

Read More

“Cikgu mana tak sayang anak murid”

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan sesuatu yang mengejutkan. Secara sinis beliau berkata, semua harus bersyukur kepada Allah kerana kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim melepaskan Presiden UMNO itu daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. “Hinggakan terdapat kenyataan yang dibuat Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang berbunyi: ‘Jika terdapat pendakwaan kes di masa depan, namun tidak berhasrat untuk meneruskan kes, ia akan membazirkan masa mahkamah dan wang…

Read More

Haram: Bahasa mantik, satu bentuk kempen

KUALA TERENGGANU 4 Sept. –  Ungkapan ‘haram’ mengundi calon lawan yang diucapkan ahli politik ketika kempen pilihan raya disifatkan bahasa mantik politik biasa bukannya satu bentuk fatwa yang tertumpu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris berkata, penggunaan perkataan haram itu adalah satu bentuk teknik kempen dan daya tarikan dalam ceramah atau pidato bertujuan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya. Katanya, sebagai ahli politik, beliau menganggap itu bukan fatwa kerana fatwa ia tertumpu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan sebaliknya ia juga adalah untuk memberi semangat kepada pengundi serta penyokong…

Read More

Dakwaan DAP ‘abang besar’ tidak berasas

IPOH 4 Sept. –  Tindakan Perikatan Nasional (PN) melabel DAP sebagai ‘abang besar’ adalah tidak berasas memandangkan parti itu adalah rakan setia kepada parti komponen Kerajaan Perpaduan yang bekerja sebagai satu pasukan. Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menyifatkan dakwaan itu menunjukkan PN terlalu taksub dengan pemikiran kolot dan jumud. “Kami bekerja sebagai satu pasukan di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana kami percaya akan jadi lebih kuat apabila bersama,” katanya pada sidang media selepas lawatan sekitar kawasan Parlimen Tambun, di sini, hari ini. Menteri Pembangunan Kerajaan…

Read More

Zahid dilepas tanpa dibebaskan

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Timbalan Perdana Menteri,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya. Hakim, Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini. Bagaimanapun, peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik memohon supaya Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan kerana ia tidak adil kepada anak guamnya…

Read More

PN gesa Melayu keluar mengundi

MUAR 4 Sept. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menggesa pengundi Melayu keluar mengundi bagi membolehkan kemenangan PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Sabtu ini. Katanya, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu ataupun Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, peratusan rendah pengundi Melayu keluar mengundi menyebabkan beberapa kerusi gagal dimenangi PN. Mengambil contoh senario ketika PRN di enam negeri bulan lalu, Muhyiddin, berkata paling ketara di Selangor apabila hanya 71 peratus pengundi Melayu mengundi menyebabkan PN gagal menawan…

Read More