KUALA LUMPUR 3 Ogos – Persidangan Kebangsaan Khas DAP pada 16 Ogos ini akan memutuskan pendirian parti sama ada kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa atau sebaliknya.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, satu usul akan dibentangkan pada persidangan berkenaan untuk diputuskan lebih 4,000 perwakilan yang hadir.
Beliau berkata, keputusan itu tidak akan ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, sebaliknya diserahkan sepenuhnya kepada perwakilan parti yang akan membuat undian.
“Usul itu akan ditentukan oleh perwakilan. Sama ada kekal atau tidak dalam kerajaan sampai akhir tempoh penggal ini.mKita serahkan kepada kebijaksanaan para perwakilan untuk membuat keputusan,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Ahli CEC DAP di sini.
Loke berkata, parti memberi kebebasan mutlak kepada perwakilan untuk menentukan hala tuju DAP tanpa dipengaruhi pendirian rasmi kepimpinan.
“Semua perwakilan akan dibekalkan kertas undi rahsia, bukan (melalui kaedah) angkat tangan. Jadi CEC mengambil keputusan supaya kita tidak mengambil satu pendirian rasmi.
“Memang ada pelbagai pandangan dalam CEC, tetapi itu pandangan peribadi anggota. Saya tidak mahu mempengaruhi keputusan perwakilan,” katanya.
Nnnn
