Loke letak jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkanĀ  keputusan untuk berundur daripada jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, keputusan tersebut dibuat tanpa tekanan daripada mana-mana pihak serta atas dasar tanggungjawab berikutan kegagaglan mempertahankan kerusi DUN Chennah dan Repah.

“Ini keputusan peribadi saya dan harapan peribadi saya iaitu saya harus beri jawatan ini kepada orang lain selepas 22 tahun (sejak 2004) memegang DAP Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di ibu pejabat DAP selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di sini pada Isnin.

Loke yang akan kekal sebagai ahli jawatankuasa negeri akan memanggil mesyuarat dalam masa terdekat dan menyerahkan kepada jawatankuasa DAP Negeri untuk melantik Pengerusi Negeri yang baharu.

Katanya, ramai dalam kalangan ahli jawatankuasa yang berpengalaman dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengerusi baharu dan ini masa yang sesuai untuk peralihan itu selepas 22 tahun di bawah kepemimpinannya.

Beliau pada masa yang sama berkata, pencapaian dalam pilihan raya di Negeri Sembilan masih baik walaupun gagal mempertahankan dua kerusi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment