Garis panduan JAIJ larangan berpolitik

JOHOR BAHRU 27 Ogos – Jabatan Agam Islam Negeri Johor (JAINJ) mengeluarkan peringatan semula Garis Panduan Larangan Aktivit Politik Dalam Program Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Johor yang bertarikh pada 23 Mac lalu.

Peringatan semula itu dikeluarkan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.

Pengarah JAINJ, Jamaludin A. Hamid berkata, garis panduan itu perlu dipatuhi semua pihak tertentu ahli politik dan pihak pengurusan kariah masjid dan surau dalam program pengimarahan.

“Tindakan tegas akan dikenakan jika sekiranya garis panduan inintidak dipatuhi,” katanya dalam satu pekeliling bertarikh 24 Ogos lalu.

Sementara itu garus panduan itu antara lain menetapkan hanya Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi dan Exco Hal-Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Khalid serta mereka yang diberi kebenaran oleh JAINJ dibenarkan berucap dan menyampaikan bantuan dalam masjid atau surau, di seluruh Johor.

Larangan itu turut membabitkan kawasan yang diwakafkan atau mana-mana bangunan atau kawasan lapang dalam kawasan masjid atau surau.

Aktiviti yang dilarang termasuklah berceramah, kuliah, tazkirah, berkempen, meletak bendera parti, logo parti, memakai baju yang mempunyai lambang parti serta mengedarkan cenderahati bertemakan mana-mana parti.

Sebarang aduan mengenai pelanggaran garis panduan itu boleh dibuat di pejabat kadi daerah untuk tindakan lanjut.

Garis panduan itu telah mendapat perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pengerusi Majlis Agama Islam Johor.

Mana-mana pihak yang melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1977 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksima RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Related posts

Leave a Comment