“No more” kata Mat Sabu kepada Hadi

“No more” kata Mat Sabu kepada Presiden Pas

JOHOR BAHRU 28 Ogos – Presiden Amanah Mohamad Sabu akan mendedahkan pembohongan dilakukan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang di sebalik imej Islamiknya dalam ceramah di di Simpang Jeram, Muar malam ini.

Mohamad berkata, sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenar di sebalik keputusan Pas meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), sebelum ini.

“Semalam Presiden Pas ‘tembak’ mengatakan mereka (Mat Dabu dan rakan-rakan) tinggalkan PR kerana parti DAP tolak hudud. Saya tidak akan jawab malam ini, saya akan jawab malam esok (Isnin) di Simpang Jeram, Muar.

“Saya akan jawab malam nanti bagaimana Presiden Pas membuat pembohongan kepada rakyat. Saya akan jawab satu persatu malam esok pembohongan itu.

Aku bukan orang kecil, aku bekas Timbalan Presiden Pas. Jangan tipu Rakyat di atas kopiah kamu itu, ‘no more,” katanya berucap pada ceramah Perpaduan Pulai di Nusa Bestari, malam tadi.

Hadir sama, calon PH di Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Naib Ketua PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Abdul Hadi sebelumnya dalam kempen di markas Pas Bakri dilaporkan mendakwa tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menyertai Amanah adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya.

Beliau turut dilaporkan menyifatkan mereka sebagai lemah semangat sehingga sanggup meninggalkan dasar perjuangan Pas.

“Terdapat kalangan Pas yang lemah semangat, dan sayang nak tinggalkan DAP. Takut tak menang pilihan raya,” dakwa Hadi.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, berkata Pas dan sekutunya Perikatan Nasional (PN) sanggup menggunakan Islam demi kepentingan mereka.

“Sebagai contoh di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, ketika kempen mereka menggunakan isu sekolah agama dan tahfiz diarahkan tutup. Isu itu membuatkan pengundi Melayu percayakan mereka.

“Padahal arahan Sultan Selangor pada waktu itu supaya semua sekolah agama yang tak ikut peraturan dan standard piawaian mesti ditutup sebab boleh mengundang masalah dan mereka perlu buat pembaharuan jika mahu beroperasi semula.

“Isu itu menyebabkan Pas dan PN dapat sokongan sementara. Saya yakin pembohongan mereka itu tak boleh bertahan hingga empat tahun akan datang.

“Rakyat akan melihat perubahan ini. Saya yakin rakyat tak bodoh dan kembali sokong Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment