JOHOR BAHRU 27 Ogos – Ketua UMNO bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohamed akan menyelesaikan isu penolakan calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) oleh cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian itu. Nur Jazlan memaklumkan akan bertemu dengan ketua-ketua cawangan bahagian itu untuk memujuk mereka yang tidak mahu menyokong calon PH-BN, Suhaizan Kaiat, pada pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai. “UMNO ada lain budaya, kalau perlu dipujuk saya kena pujuk mereka. Ada dua minggu masa untuk saya pujuk mereka, bukan segelintir mereka tidak mahu bersama tetapi mungkin ada keberatan untuk mereka sokong. “Namun…
Read MoreMonth: August 2023
Berita pilihan…
Sejauh mana UMNO beri nilai tambah
KOTA BHARU 27 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bakal menguji sejauh mana UMNO itu dapat memberi nilai tambah kepada kerajaan Madani. Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa berkata, ia berikutan UMNO dilihat gagal berbuat sedemikian pada Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini. “PRK pada 9 September depan akan menguji sejauh mana UMNO dapat ‘ditunggangi’ Pakatan Harapan (PH) di Johor,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, semalam. Annuar berkata, PRK kali ini tidak membabitkan calon daripada UMNO, justeru parti itu khususnya…
Read MoreJohor ‘tidak terima’ sentimen kaum, agama
JOHOR BAHRU 27 Ogos – Strategi ‘perangkap’ sentimen isu agama dan kaum dimainkan Perikatan Nasional (PN) hanya terpakai kepada empat negeri, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu serta Perlis, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu. Justeru, beliau meminta pengundi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram tidak turut terjerat dengan sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum) yang dimainkan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini. Beliau mendakwa, ini kerana pihak lawan sengaja menanamkan ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa Melayu dan Islam sedang terancam kini. “Jadi (sentimen ini) akan menjadi…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 27.08.2023
Penjelasan awal elak pelbagai tafsiran
IPOH: MCA berpuas hati dengan penerangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan memaksa golongan bukan Islam menghafal atau mendalami modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata Perdana Menteri telah menghurai dan menerangkan apa maksud sebenar tentang modul itu dan semalam juga kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) yang ia lebih jelas. “Penjelasan Perdana Menteri dan kenyataan yang menjelaskan berhubungnya dikeluarkan oleh KPM hanya pada petang semalam, tetapi perkara (isu) ini sudah timbul sejak beberapa hari lalu. Jadi…
Read MoreJangan pertikai modul suburkan Islam
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO mengingatkan supaya tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan usaha untuk menyuburkan agama Islam di sekolah termasuk program Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Ketua pergerakan itu, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, program di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) itu tidak langsung memaksa pelajar bukan Islam untuk mempelajarinya. Dr Muhamad Akmal berkata, Islam adalah agama rasmi Malaysia dan cara hidup majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam, bukan hanya ritual keagamaan saja. “Menyokong penuh usaha kerajaan untuk memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi kepada pelajar…
Read MoreBN yakin calon PH Pulai menang mudah
JOHOR BAHRU 26 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili gabungan PH-BN mampu menang dengan mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai pada 9 September nanti. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia susulan hubungan baik antara penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Salahuddin Ayub dengan ahli UMNO di kawasan itu, selain jalinan hubungan sedia ada antara kepemimpinan UMNO di bahagian berkenaan dengan akar umbi PH. “Untuk Pulai, saya mempunyai keyakinan kuat (mampu menang) kerana Ketua UMNO Bahagian…
Read MorePRK: Tiga penjuru di Pulai, Simpang Jeram
JOHOR BAHRU 26 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini, bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas. Bagi Parlimen Pulai, calon-calonnya terdiri daripada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat dari PH, Zulkifli Jaafar dari PN dan Samsudin Mohamad Fauzi, calon Bebas yang akan menggunakan simbol kunci. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai, Miswan Yunus mengumumkan pencalonan itu pada pukul 10.20 pagi. Di MUAR, tiga calon yang diumumkan layak…
Read More