KKM batal jualan tiga produk kosmetik

PUTRAJAYA 21 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan jualan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate. Tiga produk kosmetik itu adalah BL Ledehh Day Cream 2, BL Ledehh Night Cream dan For U Night Cream (15 gram). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata notifikasi produk kosmetik berkenaan sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM dan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. “Ia…

Read More

Tujuh kosong kerusi hanya khabar angin

SHAH ALAM 21 Ogos – Dakwaan kononnya terdapat tujuh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bakal mengosongkan kerusi masing-masing, hanyalah khabar angin, kata Timbalan Perdana Menteri,  Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi BN itu berkata, kesemua Ahli Parlimen parti terbabit terikat dengan aku janji berserta dokumen yang ditandatangani dan diikrarkan di hadapan beliau. “Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal dan jika mahu lakukan tindakan-tindakan politik yang sebaliknya kita harus melihat mandat dan watikah sudah diberikan kepada mereka mewakili parti dan bukan diri…

Read More

“Cukuplah…Beta pun dah penat dengar”

KLANG 21 Ogos –  “Cukup-cukuplah kita berpolitik, rakyat dah penat, Beta pun dah penat dengar. Bangunlah Ahli-ahli Yang Berhormat semua, fikirkanlah masa depan negeri, negara dan masa depan anak cucu kita,”, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini. Baginda mahu Selangor menjadi negeri hebat semula seperti mana pada zaman kegemilangan negeri Selangor tidak berapa lama dahulu. “Usia Beta telah menjangkau 78 tahun pada tahun ini, dan adalah menjadi harapan dan impian Beta, agar sebelum Beta menutup mata dan dijemput Ilahi. “Beta dapat melihat Selangor bangkit semula, maju ke…

Read More

Elak perbalahan, sengketa sesama sendiri

KLANG 21 Ogos –  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru masyarakat Melayu Islam di negeri ini mengelakkan perbalahan dan persengketaan sesama sendiri yang boleh membawa perpecahan dan imej buruk kepada kesucian agama Islam. Menurut pemerhatian baginda, politik sudah banyak memecah-belahkan perpaduan  sesama umat Islam dengan amalan fahaman politik sempit. “Cukuplah apa yang berlaku. Kita perlu maju ke hadapan dan membawa perubahan kepada cara kita berpolitik dan berfikir,” titah baginda selepas menyempurnakan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan & Ikrar Aku Janji serta Pengurusan Surat Cara Pelantikan Exco Kerajaan Negeri di Istana…

Read More

Bina semula keyakinan kepada BN

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui, gabungan parti itu sedang menghadapi penolakan besar rakyat, yang memerlukan BN bergerak lebih agresif membina semula keyakinan mereka. Katanya,  bukan suatu yang mustahil untuk BN kembali diyakini rakyat, memandangkan situasi sebegitu dianggap lumrah biasa dalam politik. “Dalam cabaran yang kita hadapi sekarang, ketika UMNO dilanda penolakan orang Melayu. UMNO, MIC, MCA dan PBRS harus bangun semula dapatkan dokongan rakyat. “(Penolakan) ini memberi landskap yang tidak sihat (kepada negara). Sokongan (kepada BN) yang merudum pada Pilihan Raya…

Read More

Exco Selangor : 4 DAP, 3 PKR, 2 Amanah, 1 UMNO

KLANG 21 Ogos – Portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor akan dimaklumkan selepas Mesyuarat Exco pertama Rabu ini, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Katanya, pengumuman itu akan dibuat menerusi satu sidang media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat itu. Sepuluh anggota Exco mengangkat sumpah petang ini di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Komposisi barisan Exco itu terdiri daripada sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH-BN iaitu tiga mewakili PKR,…

Read More

Amirudin kekal MB Selangor

KLANG 21 Ogos – Amirudin Shari sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dalam Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan Surat Cara Lantikan yang diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, hari ini. Istiadat itu turut disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor turut melafazkan ikrar Aku Janji merangkumi beberapa perkara yang perlu beliau penuhi dan patuhi sepanjang memegang jawatan itu. Amirudin memegang jawatan Menteri…

Read More

Tekad Exco beri perkhidmatan terbaik

ALOR SETAR 21 Ogos – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah yang baharu dilantik bertekad memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri bagi memastikan aspirasi Kedah Lebih Hebat (The Greater Kedah) tercapai. Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Haim Hilman Abdullah, berkata beliau memikul tanggungjawab berat membawa lebih banyak pelaburan dan pembangunan agar limpahannya dapat dinikmati semua pihak. Katanya, beliau juga akan terus menjalin hubungan strategik bersama agensi tempatan dan antarabangsa dalam melaksanakan semua projek yang dirancang dan bakal dibentuk sejajar Pelan Pembangunan Kedah…

Read More

Radhi Mat Din dilantik Exco Kedah

ALOR SETAR 21 Ogos – Bekas pemain bola sepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din adalah antara  10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Menghadap Besar, Istana Anak Bukit pagi ini. Muhammad Radhi diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, beliau mengalahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Mahfuz Omar dengan majoriti 10,104 undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri…

Read More