Lima muka baharu Exco Kelantan

KOTA BHARU: Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Mohd Nor Ayer adalah antara sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan, hari ini. Kamaruddin wakil tunggal daripada Bersatu ( Ayer Lanas ) adalah antara lima muka baharu yang dilantik menganggotai barisan Exco di bawah pimpinan Datuk Nassuruddin Daud Kesemua barisan Exco itu mengangkat sumpah jawatandi hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, kira-kira pukul 5.50 petang. Selain Kamaruddin, muka baharu yang lain adalah Rohani Ibrahim (Tanjong…

Read More

Gandingan agamawan, teknokrat pimpin Kelantan

KOTA BHARU 15 Ogos –  Kelantan menampilkan tokoh agamawan dan teknokrat sebagai Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar baharu selepas memenangi 43 daripada 45 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti,  Nassuruddin Daud mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar manakala ADUN Temangan, Dr Mohamed Fadzli Hassan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar. Mohd Nassuruddin dan Mohamed Fadzli masing-masing mengangkat sumpah jawatan berkenaan pukul 5.30 petang di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian. Istiadat disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi…

Read More

Razali wakil tunggal Bersatu Exco

KUALA TERENGGANU 15 Ogos – Ketua Penerangan Bersatu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Razali Idris menjadi calon tunggal mewakili parti itu dalam senarai 10 Exco kerajaan negeri Terengganu yang baharu. Beliau mengangkat sumpah sebagai Exco bersama sembilan ADUN mewakili Pas pada Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Melafaz Sumpah Jawatan Exco di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Syarqiyyah di sini hari ini. Pada PRN Sabtu lalu, Razali menewaskan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Said yang juga penyandang kerusi DUN…

Read More

Dr Samsuri kekal MB Terengganu

KUALA TERENGGANU 15 Ogos – Naib Presiden Pas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua hari ini. Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar itu berlangsung di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Syarqiyyah di Chendering di sini, jam 3.18 petang ini. Sultan Mizan turut memperkenan pelantikan 10 anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri termasuk seorang yang mewakili Bersatu. Ahmad Samsuri, 53, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu dilantik semula ke…

Read More

Kerjasama PH-BN bukan faktor penolakan pengundi

SEREMBAN 15 Ogos –  Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menolak tanggapan bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan sebagai faktor penolakan pengundi terhadap gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu. Sebaliknya Menteri Pengangkutan itu berkata, banyak faktor lain yang mempengaruhi pola pengundian itu. Beliau mengambil contoh dalam konteks di Negeri Sembilan misalnya, kerjasama ini (PH-BN) telah membuahkan kejayaan yang besar, kita menang 31 daripada 36 kerusi. “Ini suatu kejayaan besar dan bagi kita, model kerjasama di Negeri Sembilan telah berjaya menubuhkan…

Read More

Muhyiddin lepas, bebas 4 tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini melepas dan membebaskan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu. Hakim, Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan. Sebelum ini media melaporkan Muhyiddin memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan itu pada 18 April lalu, dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, dan memohon…

Read More

Sanusi mungkin dipanggil beri keterangan

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Polis sedang melengkapkan siasatan terhadap tindakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, yang didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata Sanusi mungkin dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan dan setakat ini pegawai penyiasat sedang meneliti dari segi perundangan untuk mengaitkan kesalahan itu mengikut kesalahan yang bersesuaian. “Kita siasat apabila laporan dibuat dan beri peluang pegawai polis melaksanakan siasatan. Setakat ini, kita sedang melihat ‘cadangan-cadangan’ yang bersesuaian termasuklah mengikut…

Read More

Kematian pertama cacar monyet di Thailand

BANGKOK: Thailand melaporkan kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dijangkiti HIV dan sifilis. Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Tares Krassanairawiwong berkata lelaki itu dimasukkan ke hospital di wilayah Chon Buri pada 11 Julai dan disahkan menghidap cacar monyet seminggu kemudian. Katanya, lelaki itu dibenarkan keluar dari hospital selepas berminggu-minggu menjalani rawatan, tetapi dimasukkan semula ke Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura di wilayah Nonthaburi pada 9 Ogos selepas mengalami kesukaran bernafas dan keletihan. “Doktor mendapati lelaki itu mempunyai ruam di seluruh badannya, selain jangkitan paru-paru dan…

Read More

Jakarta bandar tercemar kedua di dunia

JAKARTA: Ibu negara Indonesia, Jakarta kini menduduki tempat kedua, sebagai bandar paling tercemar didunia. Sejak Mei lalu, Jakarta disenaraikan antara 10 bandar paling tercemar di seluruh dunia dan minggu lalu mendahului kedudukan global yang disusun oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerland IQAir. Justeru, Indonesia akan memaksa pemandu menjalani ujian pelepasan karbon untuk menjadi sebahagian daripada proses mendapatkan lesen pendaftaran kenderaan dan mempertimbangkan separuh daripada penjawat awamnya bekerja dari rumah. Kerajaan tidak menyatakan bila langkah itu akan diperkenalkan atau bagaimana ia akan dikuatkuasakan. “Kami akan bermula di Jakarta dan apabila ia…

Read More