Lima muka baharu Exco Kelantan

KOTA BHARU: Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Mohd Nor Ayer adalah antara sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan, hari ini.

Kamaruddin wakil tunggal daripada Bersatu ( Ayer Lanas ) adalah antara lima muka baharu yang dilantik menganggotai barisan Exco di bawah pimpinan Datuk Nassuruddin Daud

Kesemua barisan Exco itu mengangkat sumpah jawatandi hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, kira-kira pukul 5.50 petang.

Selain Kamaruddin, muka baharu yang lain adalah Rohani Ibrahim (Tanjong Mas), Mohd Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra) dan Hilmi Abdullah (Guchil).

Muka lama yang dikekalkan adalah Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman yang juga ADUN Kemahang, Datuk Dr Izani Husin (Kijang), Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (Selising) dan Wan Roslan Wan Hamat (Pengkalan Kubor).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Pas memenangi 43 kerusi daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala dua dimenangi gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Related posts

Leave a Comment