Kematian pertama cacar monyet di Thailand

BANGKOK: Thailand melaporkan kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dijangkiti HIV dan sifilis.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Tares Krassanairawiwong berkata lelaki itu dimasukkan ke hospital di wilayah Chon Buri pada 11 Julai dan disahkan menghidap cacar monyet seminggu kemudian.

Katanya, lelaki itu dibenarkan keluar dari hospital selepas berminggu-minggu menjalani rawatan, tetapi dimasukkan semula ke Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura di wilayah Nonthaburi pada 9 Ogos selepas mengalami kesukaran bernafas dan keletihan.

“Doktor mendapati lelaki itu mempunyai ruam di seluruh badannya, selain jangkitan paru-paru dan otak. Beliau juga mengalami masalah kekurangan imun yang teruk.

“Pesakit menerima ubat di hospital, tetapi keadaannya semakin teruk. Beliau meninggal dunia pada 11 Ogos,” katanya.

Dr Tares berkata terdapat sejumlah 189 kes cacar monyet dilaporkan di Thailand setakat ini, termasuk 28 warga asing di mana 82 daripada mereka dijangkiti HIV.

Related posts

Leave a Comment