ALOR SETAR 7 Ogos – Selepas ‘hilang’ di pentas ceramah berikutan dakwaan ‘direhatkan’, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor ‘turun padang’ petang ini dengan beraksi di Padang Felda Teloi Timur. Dalam hantaran di Facebooknya, beliau memaklumkan kehadirannya dalam perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Teloi Timur dan pasukan pilihan Menteri Besar. Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Muhammad Sanusi memohon maaf atas ketidakhadiran beliau dalam dua program ceramah politik berturut-turut disebabkan kesibukan menghadiri beberapa mesyuarat di ibu negara. Kata, p, ia tiada kaitan dengan spekulasi mendakwa dirinya ‘direhatkan’ oleh kepemimpinan Pas Pusat…
Read MoreDay: August 7, 2023
Hadi mimpi siang ke malam – Ahmad Zahid
TANAH MERAH: Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak perlu bermimpi untuk merampas Putrajaya sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa PRN tiada kaitan langsung dengan kedudukan Putrajaya. “Ini (Hadi) mimpi siang ke malam, dia mendakwa mahu mengambil Putrajaya macam mana kerana kita mempunyai 148 kerusi. “Jika mereka menang sekali pun di enam negeri, mereka tidak mempunyai hak untuk mengambil alih Putrajaya. Ini PRN untuk membentuk kerajaan negeri dan…
Read MoreMisi perkukuh kubu gerakan reformasi di Permatang Pauh
KELMARIN , Anwar Ibrahim turun lagi ke Parlimen Permatang Pauh. Tidak pasti kali ke berapa selepas dilantik menjadi PMX. Jelaslah Permatang Pauh tidak boleh dilupakan kerana di situlah naik jatuh politiknya serta isteri dan anaknya sejak 1982. Sebelum ini, pada 23 Januari lalu, ketika berucap pada majlis minum petang bersama rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda, Anwar meluahkan keyakinan Parlimen Permatang Pauh tetap menjadi kubu kuat gerakan reformasi negara. “Saya tidak pernah lupa walaupun saya pindah ke (Parlimen) Port Dickson, Tambun tetapi asas kekuatan tetap Permatang Pauh. Tidak boleh lupa…
Read MoreFeri baharu Pulau Pinang mula operasi
TANJONG 7 Ogos. – Perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang bermula hari ini dengan kos tiket feri ditanggung Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selama sebulan sehingga 6 September bagi meringankan beban kewangan penumpang. Ketua Menteri Chow Kon Yeow, ketika mengumumkan demikian berkata perkhidmatan feri penting buat rakyat di negeri ini dengan 95 peratus daripada penumpang menggunakan medium pengangkutan itu untuk ke tempat kerja. “Feri akan beroperasi setiap hari bermula 6.30 pagi di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), dan berakhir 9.30 malam manakala di Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) feri bermula 7…
Read MoreMasih ramai Melayu enggan keluar mengundi
SEREMBAN 7 Ogos – Masih ramai kaum Melayu yang tidak ingin keluar mengundi dalam pilihan raya, kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Ahli Parlimen Marang itu juga mendakwa orang Melayu masih lagi tidak menyedari bahawa mengundi adalah suatu kuasa politik. “(Peratusan) kaum lain keluar mengundi 90 peratus (tapi) orang Melayu (yang) keluar mengundi 70 peratus. Masih ramai yang tak mahu mengundi. “Kalau kita tak mengundi, bermakna kita menghilangkan kuasa politik. Mana-mana parti yang menang pilihan raya, dia dapat kuasa politik. Maka orang Melayu Islam termasuk bukan Islam yang tidak ekstrem…
Read MoreBerita pilihan…
Peja nafi ‘jual kerusi’ Di Negeri Sembilan
SEREMBAN 7 Ogos – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan bahawa beliau ‘menjual kerusi’ dalam pemilihan calon bagi gabungan itu. Ahmad Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja berkata, sekiranya boleh ‘menjual kerusi’, mereka tidak mempunyai masalah kewangan seperti pada masa ini. “Kami berkempen dengan begitu ala kadar, kami tak ada jual kerusi, malah bebanan kepada pimpinan dalam menghadapi pilihan raya ini amat getir dan besar. “Tak apalah, kepada mereka yang telah membuat dakwaan fitnah bahawa saya telah menjual kerusi itu, saya ampunkan supaya mereka tak…
Read MorePH mahu hukum pengkhianat parti
HULU KLANG 7 Ogos – Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar mahu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Hulu Kelang sebaliknya menghukum bekas ahlinya yang mengkhianati parti. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata, mereka yang khianat dengan melompat parti akan dikalahkan. “Saya kenang sejarah Melayu yang menyebut orang yang khianat harus pertama sekali dihukum mati dengan disula. Anak muda mungkin tidak tahu apakah hukuman sula. Buluh diambil dan cucuk daripada bawah sampai ke mulut, sula sampai mati. “Selepas itu rumah dibakar hangus dan tapak tanah rumah itu dicangkul serta dicampak…
Read MoreSanusi berdepan ‘perangkap’, minta penyokong kerja kuat
SUNGAI PETANI 7 Ogos – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan tidak meneruskan ceramahnya pada Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Bersama Menteri Besar di Padang Awam Taman Ria di sini, malam tadi. Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mengumumkan demikian pada ceramah berkenaan berkata, ada ‘perangkap’ yang dipasang musuh, yang mengkehendaki Menteri Besar masuk ke dalam perangkap itu. “Saya nak baca kertas ini yang tulis berita menyedihkan. Pagi tadi Menteri Besar mesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat penting. Pada mesyuarat itu, dibincang beberapa perkara penting, perkara besar.…
Read More