KUALA LUMPUR 20 Julai – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin akan meneruskan tindakan saman terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berhubung isu pelupusan hutang peneroka Felda. Beliau berkata, tindakan itu diteruskan selepas Anwar gagal mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan secara terbuka dalam tempoh 24 jam seperti terkandung dalam surat tuntutan peguam yang dihantarnya sebelum ini. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu memaklumkan beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan tindakan saman fitnah ke atas Anwar. Ahli Parlimen Pagoh itu dalam satu kenyataan malam ini menegaskan, Anwar gagal mendedahkan dokumen seperti dimintanya…
Read MoreDay: July 20, 2023
ELD Singapura catat 2,709,455 pengundi
SINGAPURA 21 Julai – Jabatan Pilihan Raya (ELD) mengesahkan sebanyak 2,709,455 pengundi disenarai dalam Daftar Pengundi. Daftar itu yang diperakui boleh diperiksa awam mulai Jumaat, memeriksa butiran mereka secara elektronik menerusi Khidmat Pengundi, atau Voter Services, di https://www.eld.gov.sg/online.html di laman web ELD atau menerusi aplikasi Singpass. Warga Singapura boleh memeriksa butiran mereka secara elektronik menerusi Khidmat Pengundi, atau Voter Services, di https://www.eld.gov.sg/online.html di laman web ELD atau menerusi aplikasi Singpass. Bagi warga yang namanya telah dikeluarkan daripada daftar kerana tidak mengundi di pilihan raya lalu digalak memohon supaya nama mereka disertakan…
Read MorePemilihan semula PM Thailand 27 Julai
BANGKOK 20 Julai – Selepas pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat ditolak, Parlimen Thailand akan bersidang semula pada Khamis 27 Julai untuk mengundi memilih perdana menteri baharu. Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata parti politik akan mencalonkan calon perdana menteri, dan diikuti perbahasan. Bagaimanapun Pita tidak boleh dicalonkan semula kerana ia bertentangan dengan Perkara 41 Perlembagaan iaitu seorang calon hanya boleh dicalonkan sekali dalam setiap sidang parlimen. Wan Muhamad Noor berkata seorang perdana menteri mesti memperoleh 375 undi (daripada 749 anggota) yang diperlukan dalam persidangan bersama. Pada…
Read MoreBekalan telur, ayam lepasi tahap getir
KLANG 20 Julai – Bekalan telur serta ayam kini melepasi tahap getir dan kembali pulih dengan ada dalam kalangan peniaga mula menurunkan harga ayam, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau berkata, perkembangan itu adalah hasil usaha kementerian demi memastikan bekalan di pasaran mencukupi untuk pengguna. “Sudah pulih (isu bekalan) bahkan ada tempat harga ayam sudah mula turun jadi usaha gigih termasuk dialog dengan persatuan penternak berhasil. “Kita harap tidak ada krisis baharu dan sebagainya yang boleh menjejaskan import bijirin jagung dan soya sebab bijirin jagung…
Read MoreMuhammad Sanusi kekal sebagai calon PRN
KUALA TERENGGANU 20 Julai – Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas semalam memutuskan untuk mengekalkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu belum hilang kelayakan untuk bertanding kerana baru berdepan proses pertuduhan. Pada masa yang sama, Pas juga tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap Muhammad Sanusi meskipun terpalit kontroversi dan berdepan tindakan mahkamah di bawah Akta Hasutan. “Kita telah…
Read MoreDokumen itu bukan perjanjian pelupusan hutang peneroka Felda.
SEPANG 20 Julai – Bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin Yassin mendakwa dokumen yang didedahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bukanlah perjanjian pelupusan hutang peneroka Felda. Dr Marzuki Mohamad melalui Facebook Perikatan Nasional (PN) berkata, ia sebaliknya perjanjian mengenai sukuk berjaminan kerajaan yang diterbitkan secara berperingkat. “Baru sekejap tadi Perdana Menteri menyiarkan sebahagian dokumen yang dikatakan perjanjian pelupusan RM8.3 bilion hutang peneroka Felda. “Sekali pandang saya sudah tahu. Dokumen tersebut bukanlah perjanjian pelupusan hutang peneroka Felda, tetapi perjanjian mengenai sukuk berjaminan kerajaan yang diterbitkan secara berperingkat,” katanya. Beliau…
Read MoreBerita pilihan…
PRN: Polis perlu profesional, rasional
KUALA LUMPUR 20 Julai – Ketua Polis Negara, Razarudin Husain mengingatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap profesional serta rasional ketika menjalankan tugas sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan. Beliau berkata, mereka perlu bijak mengawal emosi ketika berhadapan sebarang insiden provokasi yang akan bermula dengan penamaan calon pada 29 Julai dan hari mengundi pada 12 Ogos ini yang melibatkan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. “Saya percaya seluruh petugas PDRM bersiap sedia sepenuhnya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk PRN kali ini,”…
Read MoreFelda: PM kemuka dokumen dituntut Muhyiddin
PUTRAJAYA 20 Julai – Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan dokumen ditandatanganinya bagi meluluskan pelupusan hutang Felda berjumlah RM8.3 bilion seperti dituntut Muhyiddin Yassin. Berikutan itu, Perdana Menteri mendesak Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri untuk memohon maaf atas fitnah dilemparkan. “Saya kemukakan sebahagian dokumen perjanjian ‘Assignment for Financial Service Reserve Account’ (FSRA) terkait Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang saya tandatangani. “Justeru itu, saya mendesak Tan Sri Muhyiddin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan yang turut dimuatnaik melalui Facebooknya hari…
Read More