1,147 kes kemalangan hari ketiga

KUALA LUMPUR 23 April – Sebanyak 1,147 kes kemalangan direkodkan pada hari ketiga pelaksanaan Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), jumlah itu membabitkan 1,720 kenderaan pelbagai jenis dengan 73.7 peratus daripadanya adalah kereta.

Statistik jumlah kenderaan terbabit kemalangan jalan raya menunjukkan 1,268 adalah kereta, motosikal (209), pacuan empat roda (4WD) (102), kenderaan pelbagai guna (MPV) (85), van (36), lori (11), bas (tujuh) dan teksi (dua).

Dalam satu kenyataan melalui Facebook, hari ini, JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa peka ketika memandu bagi mengelak risiko kemalangan.

Semalam, media melaporkan 1,389 kes kemalangan dicatat di seluruh negara berdasarkan statistik hari kedua Op Selamat 20, kelmarin.

Related posts

Leave a Comment