Sumbangan Rahmah Fasa 3 sebelum Aidiladha

KUALA LUMPUR 13 Jun – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dijangka disalurkan kepada penerima yang layak sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha hujung bulan ini. Beliau  berkata, bayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion dan akan memanfaatkan lapan juta penerima yang akan menerima antara RM100 hingga RM1,300. “Selain itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM200 kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Read More

Perjanjian sempadan maritim dirujuk pakar

KUALA LUMPUR 13 Jun – Perdana Menteri  Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa perjanjian sempadan maritim dengan Indonesia yang ditandatanganinya baru-baru ini, tidak mendapat pandangan pakar-pakar berkaitan termasuk maritim. Beliau  berkata, perjanjian dimeterai selepas merujuk kepada pakar maritim, Jabatan Maritim, Kementerian Luar, Pejabat Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Ukur dan Pemetaan dan Pusat Hidrografi Nasional Malaysia, Malahan kata Anwar, beliau terus berhadapan dengan pakar-pakar berkenaan sebelum memeterai perjanjian dengan Presiden Indonesia, Jokowi hasil kerjasama Menteri Luar dan Kementerian Luar yang banyak menjalankan tugas dalam hal ini. Justeru Anwar menegaskan…

Read More

HSI, HSA dapat peruntukan khas RM771,600

PUTRAJAYA 13 Jun – Lawatan mengejut Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru baru-baru ini membawa hasil apabila Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM771,600. Peruntukan khas itu bagi pembelian aset perubatan dan bukan perubatan untuk keperluan HSI dan HSA Johor Bahru dan pada masa yang sama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mendapat 35 orang jururawat tetap dan perjawatan lain. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika mengumumkan demikian berkata, peruntukan khas itu adalah bagi pembukaan semula dua wad di…

Read More

Ahli politik, usahawan calon Presiden Singapura

SINGAPURA 13 Jun –  Permohonan bagi menyertai Pilihan Raya Presiden Singapura dibuka hari ini dengan dua orang individu setakat semalam menawarkan diri bagi pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada September ini. Mendahului senarai, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Dasar Sosial, Tharman Shanmugaratnam yang mengumumkan kesediaannya bertanding jawatan itu pada 8 Jun lalu dan akan meletak jawatan dalam Kabinet pada 7 Julai depan. Semalam (Isnin), pengasas bersama Harvey Norman Ossia, George Goh, mengumumkan hasratnya untuk menyertai saingan bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Halimah Yacob yang tidak mempertahankan jawatan itu. Permohonan bagi…

Read More

RM2.556 juta bantuan khas mudarat vaksin

KUALA LUMPUR 12 Jun – Kerajaan telah menyalurkan RM2.556 juta Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19 kepada 150 pemohon sehingga 31 Mei lalu, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni. Beliau berkata sebanyak 319 permohonan diterima dan daripada jumlah itu, sebanyak 150 permohonan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin. Timbalan Menteri itu menggulung perbahasan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin Covid-19 di Dewan Rakyat, hari ini. Usul kertas putih itu dibentangkan Lukanisman minggu lalu. Lukanisman menjelaskan, bantuan khas itu diberikan kepada pemohon yang menjadi penerima vaksin…

Read More

PRN: UMNO Pulau Pinang dapat lebih kerusi

TANJONG 12 Jun –  UMNO dijangka mendapat tambahan kerusi untuk ditandingi di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya kerusi yang ditandingi calon Pas dan Bersatu. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan itu memandangkan masih terdapat ruang bagi pengagihan kerusi yang disandang oleh gabungan pembangkang . Beliau yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang turut menyifatkan potensi penambahan bilangan kerusi yang bakal diterima UMNO melebihi daripada apa yang disangkakan. “Jika mengikut prinsip penyandang, UMNO hanya ada dua kerusi di Pulau Pinang, tetapi masih ada ruang (untuk…

Read More

40 peratus subsidi dinikmati golongan kaya

PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 40 peratus subsidi yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat dinikmati oleh golongan kaya, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, perkara itu dibentangkan kepadanya oleh Jawatankuasa Penasihat Kepada Kementerian Kewangan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini. “Saya masih tidak faham kenapa kita nak pertahankan (pemberian subsidi kepada golongan kaya),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MTEN di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak berganjak dengan pendirian untuk mengurangkan subsidi bagi golongan kaya, seperti mana rasionalisasi…

Read More

Kerajaan akan lancar Naratif Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR 12 Jun –  Kerajaan akan melancarkan Naratif Ekonomi Madani, iaitu satu dokumen reformasi ekonomi yang akan menjadi panduan kepada hala tuju ekonomi negara bagi memudahkan tindakan oleh kementerian dan jabatan berkenaan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, sementara dokumen tersebut diperkenalkan Ogos depan, kerajaan akan meneruskan melaksanakan dahulu dasar sedia ada. “Kita ada penganalisis ekonomi yang kita cerakin secara ringkas dalam Buku Madani tetapi Kementerian Ekonomi, kementerian terlibat dan sektor swasta, bila ada proses libat urus ini, sudah tentu akan menentukan beberapa dasar termasuk penggunaan tenaga, keutamaan pelaburan dan…

Read More