KUALA LUMPUR: UMNO tidak ada pilihan kecuali mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang disertai ketika ini, bagi meyakinkan kembali kepercayaan rakyat, seterusnya menamatkan kecelaruan politik tanah air sejak empat tahun lalu. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, berkata prestasi parti dalam kerajaan akan menentukan, sama ada UMNO boleh dipercayai ataupun tidak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Tegasnya, menjayakan kerajaan ini sangat penting kepada UMNO dan parti tidak lagi boleh mensia-siakan peluang yang ada kerana tiada siapa yang akan percaya kepada parti itu sekiranya kerajaan hari ini gagal. “Bayangkan implikasinya kepada UMNO, jika…
Read MoreDay: June 7, 2023
Pemuda, Puteri digesa anjur Kongres Melayu
KUALA LUMPUR 7 Jun – Generasi baharu UMNO perlu mempunyai agenda Melayu yang lebih tuntas dan seiring zaman jika parti itu mahu kekal relevan, kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan. Katanya, jika ingin kekal relevan, UMNO perlu mewujudkan pelan tindakan baharu yang mengutamakan agenda Melayu. “UMNO belum berjaya menampilkan agenda yang lebih progresif untuk bangsa Melayu. Oleh itu, kaum Bumiputera jauh ketinggalan berbanding kaum lain di negara ini. “Orang Melayu kita masih tergolong dalam kumpulan miskin tegar, dengan kadar kemiskinan tertinggi berbanding masyarakat yang lain,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung…
Read MoreTiada sebab UMNO tidak boleh bersama DAP
KUALA LUMPUR 7 Jun – Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, tidak ada sebab kenapa UMNO tidak boleh bekerjasama dengan DAP kerana sebelum ini Pas juga pernah bersama dengan parti itu. Presiden UMNO itu berkata, selama ini agenda mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu tidak pernah diusik oleh mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH). “Malah mereka menghormati itu perjuangan UMNO kerana terdapat dalam Perlembagaan UMNO bahawa keempat-empat unsur ini wajib dipertahankan dan mereka bersetuju. Saya tidak nampak ada permasalahan kononnya kita terpaksa menggadai maruah dan sebagainya, sebab Pas (pernah)…
Read MoreWarga Indonesia sambut Jokowi
KUALA LUMPUR 8 Jun – Warga Indonesia di Malaysia turut menyambut kedatangan Presiden Joko Widodo yang memulakan lawatan kerja dua hari ke negara ini mulai hari ini. Mereka menunggu kehadiran Jokowi dan isterinya, Iriana Joko Widodo di hotel pengunapan sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. “Sambutan hangat dan meriah dari warga Indonesia yang menetap di Malaysia, di hotel tempat kami menginap malam ini,” kata Jokowi melalui Facebooknya. Jokowi tiba di KLIA petang ini selepas melakukan lawatan ke Singapura serta berucap pada Minggu Ecosperity 2023 anjuran Yayasan Temasek.
Read MoreJokowi tiba bagi lawatan dua hari
SEPANG 7 Jun – Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri Iriana Joko Widodo tiba di sini petang ini untuk melakukan lawatan kerja dua hari di Malaysia. Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir menyambut ketibaan Jokowi yang turut disertai Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono. Sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jokowi memeriksa kawalan kehormatan setempat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Regimen Renjer Diraja diketuai Kapten Mohd Nor Zhafran Al-Ahmad. Pelbagai program telah diatur sepanjang lawatan itu yang turut disertai beberapa orang…
Read MoreDUN Negeri Sembilan bubar 30 Jun ini
SEREMBAN 7 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada 30 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (DUN), kata Menteri Besar, Aminuddin Harun. Katanya, beliau akan mempersembahkan perkara itu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam masa terdekat. “Saya dah bagi tahu awal bahawa kita akan bubar (DUN) pada 30 Jun ini, bermakna 1 Julai itu tiada lagi (kerajaan negeri ini),” katanya sambil menjelaskan DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya pada 2 Julai tahun ini. Beliau berkata demikian selepas…
Read MorePM setuju isu kalimah Allah dibawa ke MKI
SHAH ALAM 7 Jun – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membawa isu kalimah Allah kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada Ogos depan sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja (MRR). Menurut kenyataan Istana Alam Shah, persetujuan itu disepakati selepas Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi MKI menerima menghadap dan mengadakan perbincangan dengan Anwar di Istana Bukit Kayangan di sini, tengah hari ini. Baginda percaya pandangan MKI adalah penting untuk dimajukan kepada MRR pada Oktober ini dalam menetapkan dasar muktamad…
Read MorePerhimpunan Agung UMNO 2023 bermula
KUALA LUMPUR 7 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 bermula hari ini dengan menyaksikan kehadiran pemimpin termasuk dalam kalangan sayap parti Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO membabitkan 191 bahagian dari seluruh negara. Perhimpunan kali ini dijangka menyaksikan kehadiran 6,341 perwakilan sayap daripada 191 bahagian merangkumi 1,159 perwakilan Wanita, Pemuda (1,160 orang) serta 1,134 perwakilan Puteri. PAU 2023 menyaksikan jumlah perwakilan dan pemerhati semakin bertambah apabila ketua penerangan bahagian dan sayap parti dipilih secara automatik. Kehadiran itu dibuat parti bagi boleh membolehkan mereka memberi penjelasan kepada ahli UMNO di kawasan…
Read MoreKluster ‘gantung, pecat’ mahu ranapkan UMNO?
KUALA LUMPUR 7 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkasi mendakwa golongan yang dilabel beliau sebagai ‘kluster gantung dan pecat’ semakin lantang menghentam UMNO. Katanya, mereka ini mahu melihat UMNO ranap dan kalah teruk di enam negeri pada pilihan raya negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang kesemuanya bukan dipimpin UMNO. Beliau juga mendakwa tindakan golongan itu yang merujuk pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan sama ada digantung atau dipecat parti sebelum ini, mahu melemahkan Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi. Melalui…
Read MoreLawatan kerja dua hari Jokowi bermula
KUALA LUMPUR 7 Jun – Malaysia dan Indonesia dijangka memeterai beberapa persefahaman bersama, sempena lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia, bermula hari ini. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, persefahaman itu termasuk perihal berkaitan sempadan serta pemantapan proses interaksi kedua-dua negara. Katanya , lawatan kerja Joko Widodo atau Jokowi itu antara lain bertujuan memantapkan hubungan sedia ada bersama Kerajaan Malaysia yang disifatkan penting bagi rantau ini dan di peringkat ASEAN. Menurut Zambry perbincangan juga berkaitan menyelesaikan urusan tertangguh sebelum ini, termasuk mengenai kawasan sempadan…
Read More