KUALA LUMPUR 8 Jun – Warga Indonesia di Malaysia turut menyambut kedatangan Presiden Joko Widodo yang memulakan lawatan kerja dua hari ke negara ini mulai hari ini.
Mereka menunggu kehadiran Jokowi dan isterinya, Iriana Joko Widodo di hotel pengunapan sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Sambutan hangat dan meriah dari warga Indonesia yang menetap di Malaysia, di hotel tempat kami menginap malam ini,” kata Jokowi melalui Facebooknya.
Jokowi tiba di KLIA petang ini selepas melakukan lawatan ke Singapura serta berucap pada Minggu Ecosperity 2023 anjuran Yayasan Temasek.
