Lebih 18,000 hadir Majlis Ilmu Madani

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu institusi masjid di negara ini menjadi pangkalan ibadah dan pusat ilmu, bagi mengangkat martabat dan darjat umat Islam. Perdana Menteri berkata, ia juga adalah maksud sebenar dan asas sebuah negara Madani, iaitu meletakkan semua dasar, termasuk pendidikan dan ekonomi dengan semangat ihsan, berakhlak serta amanah. Pada masa sama, beliau menjelaskan, umat Islam juga harus menyantuni rakan bukan Islam sebagai keluarga yang boleh hidup bersama-sama secara aman dan penuh hikmah. “Semangat dan nilai yang dipupuk, akhlak yang ditekankan, ihsan dan rahmah itu akan menjadikan Malaysia…

Read More

Tidak kata siasatan dihenti atau digugurkan”

KUALA LUMPUR 26 Mei –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),  Azalina Othman Said, menegaskan beliau tidak menyatakan siasatan berhubung isu Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat judi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dihenti atau digugurkan. Sebaliknya, beliau menjelaskan jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam hanya menyatakan bahawa tiada fail siasatan dibuka memandangkan maklumat yang diperoleh setakat ini adalah bersifat umum. Katanya, SPRM sebagai badan bebas dan berkecuali tentu sekali berhak menjalankan siasatan berkaitan dan membuka…

Read More

PN tuntut PM mohon maaf

Dakwaan dana syarikat judi, KUALA LUMPUR 26 Mei – Perikatan Nasional (PN) akan membincangkan dengan peguam langkah yang akan diambil terhadap kenyataan Perdana Menteri dan timbalannya berhubung dakwaan PN memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berhubung dakwaan itu adalah fitnah, suatu pembohongan dan tuduhan serius. “Insya-Allah kita akan teliti dan yang penting …yang pertama, kita akan tuntut supaya mereka memohon maaf. Ini satu…

Read More

Episod lompat parti berakhir di Sabah

KOTA KINABALU 26 Mei – Tiada lagi episod lompat parti di Sabah kecuali yang sanggup hilang kerusi selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi melarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti. RUU Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan 2023) itu diluluskan kira-kira pukul 7 malam tadi selepas mendapat sokongan lebih dua pertiga ADUN yang hadir dengan seramai 13 ADUN mengambil bahagian dalam perbahasan. Keputusan itu selepas dua pengundian belah bahagian untuk Fasal 2 berkaitan pindaan Perkara 6 Perlembagaan Sabah dan pengundian bacaan kali ketiga RUU larangan bertukar parti.…

Read More

Gunung Sinsing ketiga tertinggi

SANDAKAN 26 Mei –  Gunung Sinsing di Tambunan disahkan sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu dan Gunung Trus Madi, yang kesemuanya terletak di Sabah. Jabatan Perhutanan Sabah melalui ekspedisi sekumpulan penyelidik baru-baru ini secara rasminya sudah mengukur ketinggian Gunung Sinsing dan mendapati ketinggian puncak gunung itu ialah 2,586 meter (m) dari aras laut. Untuk rekod ketinggian Gunung Kinabalu adalah 4,095m manakala Gunung Trus Madi 2,642m. Dalam kenyataan semalam jabatan itu memaklumkan, penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok bersama wakil Persatuan Komuniti Kampung Nupakan, Tambunan menggunakan peralatan penerima…

Read More

PRU15 : Tiada bukti PN terima dana judi

KUALA LUMPUR 25 Mei –  Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada bukti parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) menerima sumbangan daripada dana syarikat judi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut. “Walau bagaimanapun SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini. SPRM menjalankan kajian terperinci mengenai dakwaan itu dan mendapati maklumat yang diterima terlalu umum serta tiada pihak boleh mengesahkannya. Justeru, tiada apa-apa fail siasatan…

Read More

Kos promosi Malaysia Madani RM7.4 juta

KUALA LUMPUR 26 Mei – Kos perbelanjaan terkini bagi program Malaysia Madani termasuk pengiklanan dan promosi adalah sebanyak RM7.4 juta, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali. Beliau berkata sebahagian besar daripada peruntukan itu terutamanya kos pemasangan papan iklan menggunakan peruntukan pentadbiran kerajaan terdahulu. Katanya, secara perbandingan, jumlah perbelanjaan yang pernah diperuntukkan untuk usaha promosi agenda nasional seperti Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) adalah sebanyak RM62 juta. Seperti sedia maklum, Malaysia Madani merupakan agenda nasional yang didukung oleh pentadbiran dan kerajaan…

Read More

Ulama harus tegur kerajaan dengan ikhlas

SHAH ALAM 25 Mei –  Kerajaan sedia mendengar teguran ulama selagi ia dibuat dengan baik, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, ulama harus berani menegur kerajaan dengan ikhlas demi mengangkat martabat umat dan negara Ini tiada perbezaan pendapat, ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya dapat diperbaiki dan itu ditekankan oleh ulama, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum. “Apabila pimpinan (kerajaan) pula mendengar ulama bercakap dengan ikhlas, berani menegur dengan baik dan (kita sedia) terima dengan baik teguran itu,” katanya. Beliau berkata…

Read More