SHAH ALAM 25 Mei – Isu kalimah Allah tidak seharusnya menjadi perkara yang dibahaskan secara terbuka kerana dikhuatiri mencetuskan persoalan yang menimbulkan keraguan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas Perdana Menteri, pendirian kerajaan untuk menarik balik semula rayuan terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain selepas perkara berkenaan dirujuk mufti-mufti serta Raja-Raja Melayu. “Maksudnya, umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu sahaja boleh gunakan kalimah Allah untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah dakyah agama lain, maka agama lain tidak diizinkan. “Kemudian untuk Sabah dan Sarawak, ada sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang…
Read MoreMonth: May 2023
Dalam teguran ada sindiran
KUALA LUMPUR 25 Mei – Ahli Parlimen pembangkang hari ini membangkitkan rasa tidak puas hati dengan perjalanan Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat berikutan hanya ada dua Rang Undang-Undang (RUU) dalam aturan mesyuarat. Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai RUU lain untuk dibentangkan dalam tempoh tujuh hari persidangan akan datang kerana ketika ini hanya ada dua RUU. RUU tersebut melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu RUU Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 bagi…
Read MoreMujahid dilantik Senator
IPOH 25 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, yang juga Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini. Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad membawa usul pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama itu dan disokong Sandrea Ng Shy Ching (PH-Teja). Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid memaklumkan disebabkan Mujahid merupakan calon tunggal yang dikemukakan kepada Setiausaha DUN, maka Mujahid diumumkan sebagai Ahli Dewan Negara tanpa proses pengundian. Saarani, ketika mencadangkan nama Mujahid,…
Read MoreTiga pengamal media baca khutbah di Perak
IPOH 25 Mei – Sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) tahun ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan memberi peluang dan penghormatan kepada pengamal media membaca Khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri ini esok . Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd Annuar Zaini, dalam satu kenyataan, berkata Sultan Nazrin menitahkan agar Khutbah Jumaat di negeri Perak esok bertemakan “Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam.” Beliau berkata, peluang itu diberikan sebagai mengiktiraf peranan penting wartawan kepada negara. “Jabatan Penyiaran Negeri Perak serta Persatuan Pengamal Media…
Read MoreBerita pilihan…
Tiga kali tukar menteri, bajet bertukar, latihan terhenti
KUALA LUMPUR 25 Mei – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mendakwa seramai 220 atlet tidak dapat meneruskan latihan kerana tiada peruntukan khusus untuk program latihan senior di bawah program podium berikutan ketidakstabilan politik negara. Beliau memberitahu, dalam tempoh empat tahun, berlaku tiga pertukaran menteri yang menyebabkan pertukaran bajet, fokus dan ahli lembaga pengarah. Katanya, dalam butiran Bajet 2022 yang dibentangkan pada Oktober 2021, tidak dinyatakan peruntukan untuk program podium 2022 menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa menyusun semula program persediaan atlet ke arah temasya sukan utama bagi 2022 antaranya…
Read MoreHanya individu layak dilantik ALP – Anwar
KUALA LUMPUR 25 Mei – Hanya individu yang berkelayakan dilantik menerajui Lembaga Pengarah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau memberitahu, pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) BBP dan syarikat MKD bukan sekadar mengisi jawatan, sebaliknya disuaipadan berdasarkan keperluan setiap institusi itu, dengan mengambil kira latar belakang dan kebolehan seseorang individu daripada pelbagai sudut. Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata Pengerusi dan ALP dalam BBP dan syarikat MKD dilantik berdasarkan kemampuan, kepelbagaian latar belakang dan kepakaran bersesuaian. Di samping itu ia juga…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 25.05.2023
Pinjaman peribadi punca hutang, bankrap
KUALA LUMPUR 24 Mei – Pinjaman peribadi adalah punca utama berhutang dalam kes kebankrapan, iaitu 49.22 peratus berbanding pinjaman kewangan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said,. Azalina berkata pinjaman peribadi itu meliputi pinjaman bercagar atau tidak bercagar dari institusi perbankan, pinjaman peribadi daripada pemberi pinjam wang (money-lender) selain dari institusi perbankan dan ‘friendly-loan’ daripada orang perseorangan. Katanya, selain itu kes kebankrapan melibatkan pinjaman perniagaan pula adalah sebanyak 17.05 peratus, pinjaman perumahan sebanyak 8.28 peratus dan hutang kad kredit sebanyak 6.35 peratus.…
Read MoreMisi mencari Hawari tamat Ahad ini
KUALA LUMPUR 24 Mei – Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di kawasan pergunungan Everest akan ditamatkan Ahad ini. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr K Nagulendran, berkata keputusan itu dibuat susulan notis oleh kerajaan Nepal yang menutup semua aktiviti di pergunungan Everest mulai Isnin depan. Justeru dalam tempoh itu, beliau berharap Hawari yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dapat ditemui dalam keadaan selamat. Katanya, kerajaan melalui KBS akan menghulurkan bantuan kewangan bernilai RM1.48 juta kepada…
Read More